Tag Archives: steel colour

FCS

FCS, satu jenama yang tidak pernah saya dengar dan agak asing di Malaysia.  Semuanya bermula semasa saya bercuti di Bali.  Saya terpandang satu backpack yang agak cantik di kedai surfing di Kuta, bali.

backpack yang amat cantik, tapi harganya boleh menjangkau RM500.00..cantik tapi mahal…memang tak beli lah…..

Balik ke Malaysia, teringat backpack tu…saya tidak berapa ingat jenama backpack tu…..menggunakan khidmat packcik google, akhirnya nama jenama tu muncul…iaitu FCS – Fin Control System.

Google lagi untuk lihat berapa harga di pasaran online: satu kedai online surfdome.com berpengkalan di UK tapi mempunyai perkhidmatan penghantaran barangan ke Malaysia.

FCS Roam warna Steel

Ada pelbagai jenis backpack FCS; Roam, Stark, Mission dan Covert.  Backpack yang saya lihat masa di Bali tu adalah variasi Covert tapi saya lebih tertarik dengan variasi Roam. harga selepas diskaun sekitar RM220, campur dengan kos penghantaran..jumlah sekitar RM270.00 je..boleh lah harga tu dengan kualiti.

Akhirnya saya BELI!