Saya memang telah lama berminat untuk memilik Microsoft Surface Pro. Surface pro adalah sebuah laptop hibrid yang boleh digunakan sebagai tablet juga. Ia adalah satu satunya laptop hibrid yang berasaskan Windows 10. Bermula dengan Surface Pro 1, 2, 3,4,5,6, laptop ini sekarang sudah berada di edisi pro 7. Bersama pelancaran Surface Pro 7 ini, dilancarkan sekali Surface Pro X. Tetapi Pro X ini adalah berlainan dari segi CPU, di mana ia menggunakan CPU berasaskan ARM yang dipanggil SQ1 dan SQ2. Banyak software yang masih tidak menyokong CPU ARM keluaran Qualcom ni.
Faktor harga dan masalah skrin yang flicking, panas yang melampau adalah antara sebab saya tidak membeli Surface pro ini. Banyka complaints daikalangan nitizen dalam youtube dan fb. Tetapi tahun 2021, saya nekad juga beli kerana terpikat dengan tawaran harga yang rendah untuk Surface Pro 4. Ya, saya akhirnya beli Surface Pro 4 yang direfurbished. Harganya amat berpatutan iaitu RM1,500.00. Harga itu adalah harga tablet sahaja. Separuh dari harga asal Surface pro 4 semasa dilancarkan.
Ia mempunyai spesifikasi yang boleh tahan, Intel i5 Generasi ke-6, RAM 4GB dan SSD 128GB. Bagi saya sangat OK. tablet yang saya dapat, saya boleh katakan agak macam baru..ada calar calar sedikit dekat belakang tu saya rasa, biasalah untuk produk re-furbished…bila lama-lama belek, baru perasan ada sedikit sumbing di bucu sebelak kiri. Mungkin pernah jatuh..Tapi tak mengganggu langsung!
Aksesori Surface Pro ini memang mahal.untuk pen..saya beli 3rd party punya pen..sebab saya rasa pen tu tak lah nak guna sangat. Keyboard lagi penting bagi saya. Asalnya saya nak beli 3rd party jugak..tapi tengok banyak masalah, so saya opt kepada original Alcantara Surface pro 5 keyboard warna ice blue. Memang cantik dan fabrik Alcantara memang terbak..Sedap. Harga pun sedap juga…harga di official microsoft store boleh menjangkau RM639…tapi kena pandai sikit tgk kat Shoppe..anda boleh dpat yang ori RM455.
Prestasi? secara jujurnya dari segi kelancaran, tak boleh lawan dengan ipad. Kekadang touh screen tak responsif..itu sahaja setakat ini..Keyboard ok..mamang tak de masalah dari segi connection. Saya pilih Surface pro ini sebab Windows 10 : sbb banyak kerja guna Windows 10..kalau ipad, memang susah sikit.
tablet akan panas kalau buka perisian yang berat macam Photoshop, dan microsoft offce (kalau guna secara insentif). Kalau untuk youtube atau netflix, memang sejuk dan tak panas melampau.
Kalau anda bertanya kepada saya ..antara Surface pro 4 atau Surface Go 2..mana lagi berbaloi..saya akan pilih Surface Pro 4 sbb CPU yang laju..Surface Go 2 tu skrin agak kecil dan CPU pun tak laju.
Secara keseluruhan, Surface Pro 4 untuk tahun 2021: Amat berbaloi!