Tag Archives: tuaran

Gunung Kinabalu

Sayup sayup je Gunung Kinabalu ni. Alhamdulillah..pada 2018 atau 2019, saya dapat jugak menjejakkan kaki di tempat ini.

Dah beberapa kalis aya berpeluang ke Sabah. Saya dah jatuh hari dengan Sabah sebenarnya!

Tempat ini dah lama saya aim. Memang cantik pemandangan dari sini. Atas jambatan Tuaran.View ini adalah pada keadaan matahari sedang menaik pagi. Kalau dari Likas atau Kota Kinabalu, boleh tahan jugaklah perjalanannya…mau 2 jam nak sampai ke sini.

So lepas kerja semua selesai, petang itu saya bergerak ke Tuaran. Jalan agak sunyi dan tidak nampak sangat bangunan sepanjang perjalanan. Saya bermalam di bandar Tuaran di sebuah Hotel di sana. Makan malam, saya makan nasi arab bersebelahan hotel tersebut.

Pagi pagi lagi saya dah memandu menuju ke lokasi. Kawan saya yang tinggal berdekatan akan terus ke sana juga esok pagi. Memang agak sunyi kawasan di situ ..agak pendalaman. Saya tak berani keluar dari kereta kerana kiri dan kanan saya adalah semak samun. Bila dah terang sikit baru saya berani keluar dan berjalan menuju ke jambatan.

Di atas jambatan ini kena hati hati sebab ruang kiri dan kanan agak sempit tapi boleh lah untuk memacak tripod. Kena hati hati lebih sedikit bila ada lori besar lalu, kerana angin yang kuat mungkin boleh menarik kita sekali masuk ke bawah lori. Lori juga laju laju jugak di atas jambatan ini…

Tunggu punya tunggu kawan saya pun sampai..sambil memotret, kami berborak. Ramai jugak kaki kaki tripod yang datang. Yang beriadah berbasikal pun ramai yang berhenti di tepi untuk mengambil gambar.

Yang paling kelakar, ada sebuah van tiba-tiba berhenti di atas jambatan dan turun nak ambil gambar!..masa tu tak de kereta..ok lah..hmm..sedang pemandu tu syok ambil gambar..datang sebuah lori..HON HON..kelam kabut pemadnu naik kereta dan pandu semula…

Memang asyik di sini..cantik!

tuaran