Ketua Pusat Penyelidikan Ke­selamatan Ja­­lan Raya, Fakulti­ Keju­ruteraan, Univer­siti Putra Malaysia (UPM), Prof. Mad­ya Dr. Law Teik Hua­ berkata, undang-undang itu se­suai dilak­sanakan ketika ini, selaras dengan keperluan semasa dan demi masa depan perkhidmatan pengangku­tan awam itu yang semakin berkembang pesat.

Beliau juga berpendapat peng­gubalan dan pelaksanaan pro­­­se­dur operasi yang selamat amat per­lu­­ diketengahkan.

“Perkara ini sangat penting apabila LRT mengalami gangguan perkhidmatan termasuk apa yang penumpang harus lakukan ketika berada di dalam dan semasa me­ninggalkan tren.

“Malah arahan da­ri­pada pe­ngendali LRT­ dan mak­lumat pe­mindahan­ yang efi­sien khusus­nya ba­­gi warga tua, ka­nak­­-kanak dan orang ku­rang upaya ju­ga harus mencukupi­, tepat pada masa­nya dan sistematik,” kata­nya kepada Utusan Malaysia.

Beliau mengulas ca­dangan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim yang menggesa kerajaan mewujudkan undang-undang khu­sus bagi mengatasi kelemahan dalam sistem LRT ekoran sebarang kemungkinan yang boleh membahayakan dan mencederakan penumpang.

Menurutnya, penambahbai­kan sistem LRT boleh dilakukan me­­­lalui semakan semula Ak­ta Pe­ngangkutan Awam Darat 2010.

Teik Hua berkata, ketepatan masa dan kemajuan dalam ope­ra­si minimum juga mesti dipa­tuhi oleh syarikat penyedia pe­ngangkutan awam.

Profesor Kejurutera­an Pe­ngang­kutan di­ Fakulti Kejurutera­an­ Awam, Universiti Tek­nologi Malaysia, Prof. Dr. Othman Che Puan pula berpendapat, ja­minan kualiti dan keselamatan ope­ra­si LRT sepatutnya di­nya­takan dengan je­las dalam perjanjian an­tara penyedia perkhid­matan dan Suruhanja­ya­ Pengangkutan A­wam Darat (SPAD).

“Saya rasa undang-undang khusus itu tidak perlu, kerana ia lebih tertumpu kepada polisi dan isu yang dikaitkan merupakan isu operasi yang sepatutnya ditangani menerusi perjanjian perkhidmatan yang digubal de­ngan teliti.

“Malah, pihak penyedia per­khid­matan perlu menyediakan pelan evakuasi yang telah dipera­kui keberkesanannya ketika menghadapi sebarang kerosakan sistem yang memerlukan penumpang dipindahkan sama ada pengangkutan jalan atau ke koc tren dari laluan yang bertenta­ngan arah,” katanya.

Tambah beliau, pemantauan berkala melalui sistem panel audit luar dan dalam juga perlu dilaksanakan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Pengangkutan Awam Malaysia (4PAM), Ajit Johl berpendapat, sebuah jawatankuasa terdiri daripada pihak-pihak berkepentingan harus diwujudkan bagi memastikan isu keselamatan, perlindungan dan kesedaran mengenai hak pengguna tidak dikompromi oleh mana-mana pihak.

“Kami percaya jika jawatankuasa ini ditubuhkan, akan ada lebih ketelusan berkaitan isu seperti perkhidmatan LRT termasuk tarif dan kesedaran.

“Oleh itu, kami memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatankuasa ini di bawah kawalan Kementerian Pengangkutan,” katanya.