Assalamu’alaykum,
GEOINFORMATIK
Ramai yang pernah terbaca, atau ternampak perkataan Geoinformatik ini. Terutama kepada pelajar matriks, STPM, malah tahun asasi di mana2 universiti. Dan ramai tidak tahu apa sebenarnya Geoinformatik ni. Jadi, saya ingin berkongsi sedikit apa benda program Geoinformatik ni….
Sebelum bermula, saya nak tanya, pernah tak anda menggunakan Google Map? atau Waze? atau OpenStreetMap? pernah naik Grab? Apa persamaan kesemua apps di atas? Ada ke orang jaga kat belakang apps ni untuk pastikan info korang dapat tu betul ke tidak?
Sebenarnya, kesemua apps itu menggunakan maklumat geografi, dan disimpan dalam satu sistem, yang dinamakan Sistem Maklumat Geografi (Geographic Information System, GIS). Jadi GIS hari ini, telah digunapakai secara meluas, akan tetapi, orang tak tahu yang ianya adalah GIS.
Ok, apa kaitan GIS dengan program Geoinformatik ni?
Secara ringkas, program Geoinformatik ni, kita akan belajar disiplin ilmu disebalik GIS ni.
Disiplin ilmu sampai kita boleh keluarkan apps atau pandai gunakan apps dengan peta-peta bagai ni.
Program Geoinformatik ada je ditawarkan di Universiti Teknologi Malaysia, UTM Skudai… di UTM nama penuhnya adalah Program Sarjana Muda Sains (Geoinformatik). haaa… tu dia panjang….
Dalam program Geoinformatik ini, kita akan faham bagaimana nak cari data-data jalan, petrol station, restoran dan apa2 maklumat yang korang nak cari… Lepas tu, macamana nak simpan data, macamana nak cari jalan paling pantas, dan macamana nak tunjuk semua data-data dan maklumat ni dalam pelbagai gadget. Nak tunjuk guna komputer? handphone?
haaa… semua ada dalam program ni.
So, jika anda ingin jadi salah seorang yang “pembangun” GIS di Malaysia ini, Program Geoinformatik adalah program yang sesuai untuk anda! Program ini ada ditawarkan di UTM, dahulu di bawah Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah. Namun berkat sinergi, fakulti ini telah dinamakan semula sebagai Fakulti Alam Bina dan Ukur, atau FABU (Faculty of Built Environment and Surveying).
Orait, lain kali saya akan berkongsi lagi apa lagi yang ada dalam program Geoinformatik ni..
Jumpa lagi!!
regards
#geoinformatik, #UTM, #GeoinformatikUTM, #SBEG, #SGHG, #SGG, #Geoinfo, #geoinfoUTM
Maaf bang tumpang tanye, saye pelajar tahun 1 dlm kos ni… abang ade tak bahan2 yg boleh dijadikan bahan rujukan utk saye further for this cost… saye baru dlm bidang ni sbb saye dri STPM yg mana takde subjek math ..
wow… maaf. lama betul saya tak buka blog post ni.
maaf tanya , pointer nak kena berapa ya baru lepas masuk UTM dan untuk Geoinformatik ni
hai Jia. Pointer untuk Program Sarjana Muda Sains Geoinformatik, kalau yang terkini adalah 2.70 untuk daripada Matrikulasi. kalau STPM pun ada. boleh semak di website fakulti juga: https://builtsurvey.utm.my/academic/bachelor-of-science-geoinformatics/
lihat entry requirement. yang di website fakulti ni yang terkini
Best tak bang course ni? Cabang kerja besar tak? Huhu tq
asasnya, kalau suka komputer atau suka geografi akan suka.
cabang kerja juga sangat menarik. kalau berkemahiran dan pandai cari peluang, mungkin boleh kerja dengan Google, bahagian Google Map.
bactrim dosing trimoxazole syrup uses
aralen chloroquine
hydroxychloroquine buy online https://hydroxychloroquinex.com/ chloroquine tablets how long has hydroxychloroquine been around