Category Archives: Teaching

SPPT 2017 – Assignment

Assalamu’alaykum,

Selain mendalami ilmu berkaitan pengajaran dan pembelajaran, kursus SPPT juga memerlukan setiap pesertanya untuk menghantar tugasan yang telah ditetapkan. Salah satu tugasan yang perlu dihantar adalah melalui website turnitin. website Turnitin ini merupakan salam satu kaedah yang digunakan bagi mengenalpasti plagiarism atau pendek kata keaslian bagi penulisan kita.

markah yang diterima bagi tugasan biasanya perlu kurang dari 20%. bagi tugasan yang dihantar untuk SPPT kali ini, peratusnya hanya 6%, dan ianya dikira baik.

Khemah Latihan tamat hari ini

Assalamu’alaykum dan Salam Sejahtera,

hari ini, para pelajar tahun 3 Sarjana Muda Sains Geoinformatik selesai menamatkan khemah latihan 2, yang fokus kepada kutipan data, proses data dan akhirnya, memaparkan data dalam bentuk peta tematik.

data yang diambil merupakan data daripada FRIM. ada yang dicerap sendiri, ada yang diberikan oleh pihak FRIM.

hari ini, saya diberi peluang menjadi salah seorang panel kepada penyampaian daripada pelajar, dan secara dasarnya, mereka semua mampu melaksanakan tugas yang diberi, cuma perlu diperbaiki, terutama dalam pembangunan pangkalan data, supaya minda mereka lebih terbuka dengan maklumat dari luar.

semoga dapat berjumpa lagi dengan mereka dilain kali!