Apa itu Agumentasi Realiti (AR) ?

Augmentasi Realiti adalah teknologi baru yang melibatkan pengwujudan komputer grafik atau 3D objek kepada dunia sebenar. 

  • Bahasa mudahnya ialah : Teknologi menindih kandungan digital pada persekitaran dan objek sebenar.
  • Ciri – ciri Augmentasi realiti ialah :
  1. Gabungan objek 3D Maya atau objek dunia Maya dengan objek nyata di dalam persekitaran sebenar /dunia sebenar.
  2. Objek nyata dan Objek 3D maya menjadi ‘output’ bersama- sama.
  3. Paparan yang dinyatakan seiring dengan masa dunia sebenar.

 

Di dalam Makmal Penyelidikan Kecergasan Teknologi Augmentasi Realiti sangat membantu Penolong Pegawai Sains bagi melaksanakan tugasan harian antaranya :

 

 

 

  • Menjimatkan Masa dan tenaga staf Makmal dalam memberikan infomasi berkenan tentang keadaan dan kedudukan di dalam makmal. Penguna Makmal hanya perlu scan gambar di dalam Makmal untuk mendapatkan info tentang kedudukan alatan, pengunaan alatan dan infomasi mengenai alatan tersebut. Sebagai contoh jika penguna Makmal ingin melakukan aktiviti senaman di atas treadmill, penguna hanya perlu scan, nak peroleh SOP pengunaanya.

Contoh gambar yang menghasilkan Teknologi AR.

  • Pelajar atau Penguna boleh mendapatkan infomasi tambahan semasa berada di dalam Makmal. Sebagai contoh, semasa Pelajaran dan pembelajaran aktiviti mengunakan Teknologi AR sangat membantu meningkatkan fokus tentang sesuatu subjek. Contohnya, ANATOMY MANUSIA SECARA 3D.

GAMBARAN PENGUNAAN VR KEPADA PENGUNA DALAM PEMBELAJARAN.

  • Menjamin keselamatan dalam Makmal dapat dikekalkan. Penguna / Pelajar dapat mengurangkan risiko hazard selepas mengunakan alatan didalam makmal. Contohnya, sebelum pelajar selesai dan keluar dari makmal, pelajar diminta scan gambar makmal, dan teknologi AR akan memaparkan susun atur yang sebenarnya seperti asal bagi mengelakkan pelajar /penguna Makmal meninggalkan makmal dalam keadaan tidak bersusun dan bersepah.