Kursus ini dijalankan pada 3/9/2023 bertempat di Ladang Sekolah Pendidikan , FSSH. Tujuan Kursus ini dijalankan untuk persediaan bagi program CAKNA KOMUNITI B40 oleh kumpulan THREE dari Sekolah pendidikan.

BAJA KOMPOS

  1. Agen Pengurai
  • Cacing
  • Microbe
  1. Bahan Utama
  • Daun Kering
  • Daun Basah
  • Ranting untuk tapak
  • Canvas ( untuk tutup baja kompos)
  1. Bahan – Bahan yang boleh digunakan
  • Sisa Ayam , Daging, ikan
  • Sayur- sayuran
  • Buah- buahan
  • Air beras ( yang telah direndam beberapa hari sehingga keluar buih)
  • Makanan laut
  • Daun kering
  • Daun basah
  • Kulit telur
  • Hampas kelapa
  • Uncang the/kopi/serbuk teh/kopi
  • Dan lain-lain bahan yang boleh terurai
  1. Elakkan bahan
  • Minyak Masak / bahan berminyak
  • Tulang ( lambat proses penguraian)
  • Rambut
  • sabun
  • Segala jenis bahan kimia
  • Plastic
  1. Tapak Baja kompos
  • Jauh dari Kawasan rumah
  • Jika dekat dengan Kawasan rumah pastikan bertutup
  • Tapak tidak menyerap air (pastikan keras spt simen)
  • Kepung Kawasan tapak bagi mengelakkan air kompos mengalir keluar
  • Tutup bahagian atas baja kompos untuk mengelakkan hujan

Cara – Cara Penyediaan.

  1. Lapisan Baja kompos terdiri daripada
  • Base ( Kayu, batu, canvas atau apa apa benda yang keras untuk mengelakkan air kompos diserap ke dalam tanah.
  • Coklat ( terdiri daripada daun daun kering atau ranting kecil bagi lapisan pertama )
  • Hijau ( terdiri daripada daun daun hijau yang masih basah, sayur – sayuran atau buah buahan)
  • Reput ( terdiri daripada segala jenis bahan yang terurai yang digunakan untuk baja kompos cthnya daging, ayam)
  1. Lapisan diulang-ulang sehingga bahan bahan yang digunakan untuk kompos telah habis dipakai.
  2. Tutup dibahagian atas baja kompos untuk mengelakkan hujan, bau dan haiwan.
  3. Pembuatan baja kompos perlu digaul semua lapisan secara berkala pada setiap :
  • 3 minggu
  • 6 minggu
  • 9 minggu
  1. Bahan yang telah dikompos ( baja) boleh diletakkan dikeliling pokok yang hendak dibaja.