Demi Menyokong Pembudayaan Nilai Teras UTM Integrity, Synergy, Excellence & Sustainability (ISES) dan Misi University Social Responsibility (USR). Kumpulan THREE Staff FSSK UTM telah mengambil insentif untuk merealisasikan tujuan tersebut dengan menganjurkan sebuah aktiviti khidmat masyarakat dibawah sebuah Program pertukaran ilmu iaitu Program Cakna Komuniti & Bantuan Peningkatan Diri B40 Bandar.

Oleh itu, Kumpulan THREE (Together, Huminites, Reach, Equalities,Eagerly) Staf PPP FSSK UTM memilih untuk berkerjasama dengan AJK Surau Harmoni untuk menganjurkan beberapa aktiviti bagi menjana nilai ISES UTM dan Misi USR itu.

Antara aktiviti yang di anjurkan ialah :

1. Ceramah Minyak Masak Terpakai
2. Membuat aktiviti Baja Kompos Dari Sisa Makanan
3. Membuat coklat Homemade
4. Mini Games “Challange Your Fear”
5. Kelas Asas Tiktok

 

Aktiviti Pembuatan Baja Kompos Oleh En Ariff, En Alif Dan En Hisham

En Khairul dan En Azri selaku Juri untuk Pertandigan Bercerita kategori Kanak – Kanak

Kanak – Kanak Taman Desa Skudai yang hadir.

Aktiviti Pembuatan Homemade Coklat yang dipimpin oleh Puan Hasnah.

Seramai lebih 70 orang penduduk taman desa skudai termasuk kanak -kanak yang datang memeriahkan program yang telah dilaksanakan.

Program ini dirasmikan oleh Pengarah Program Puan Hasnah Binti Md Amin serta ucapan alu aluan oleh ketua komuniti Taman Desa Skudai Tn. Hj. Azmi bin Md Rais dan Majlis penutup diakhiri dengan ucapan penutup oleh En Azri Bin Hohad Timbalan Pendaftar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian. Terima Kasih juga kepada penasihat Program iaitu  Khairull Azmi Bin Ishak Timbalan Pendaftar yang sudi datang dan turut mengambil bahagian dalam aktiviti yang telah dianjurkan.

Akhir kata, semoga peserta yang hadir ke dalam program ini mendapat pelbagai ilmu pengetahuan dan berupaya menjadi komuniti yang boleh berjaya di dalam bidang keusahawanan untuk menjana pendapatan pada masa akan datang