Teknologi Maklumat.

Bismillah. Untuk Program Bridging 2022 subjek Teknologi Maklumat diperkenalkan sebagai subjek asas untuk program ini. Program ini dikendalikan oleh seorang pensyarah UTM iaitu Nama pensyarah: Prof Madya Dr Shahrizal bin Sunar. Kursus ini memperkenalkan tentang beberapa tajuk yang menyentuh tentang perkembangan teknologi pada masa dahulu sehingga sekarang. Antara ringkasan tajuk yang diperlajari ialah : 

a) 4th Industrial Revolution

b) Sejarah Storan

c) Pengkomputeran Awan

d) Bina website dan Blog

Disamping itu Kursus ini memperkenalkan aplikasi Microsoft Office seperti words, excel dan powerpoint di perkomputeran awan seperti Google Drive dan sebagainya. samping menyentuh tentang etika penggunaan email dan internet serta kaedah mengatasi ancaman virus dan pencerobohan. Melalui Perkomputeran Awan, kita dapat mengakses segala dokumen yang terdapat didalam Google Drive rakan yang lain. Kerja – kerja seperti mengedit dokumen seperti Words , slide show dapat dilakukan secara lansung walau dimana juga berada selagi mendapat akses internet sudah mencukupi untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

Sebagai pengguna ICT, kursus ini juga akan menekankan isu pemilikan dan hakcipta perisian, keselamatan melalui ancaman virusworm dan trojan horse, salahlaku dan pengodaman rangkaian internet dan komputer. Akhir sekali terdapat beberapa tugasan yang telah diselesaikan untuk kursus kali ini antaranya ialah Video Cara – cara pengunaan ‘Google Drive’.

Pensyarah yang ditugaskan untuk mengajar subjek ini ialah Prof Madya Dr Shahrizal bin Sunar

 

 

 

 

Prof Madya Dr Shahrizal bin Sunar

Prof Madya Dr Shahrizal bin Sunar

Director of Institute of Human Centered Engineering (iHumEn) and Founding Director of Media and Game Innovation Centre of Excellence (MaGICX), Universiti Teknologi Malaysia.

dibawah ialah antara tugasan yang telah diberikan, iaitu menghasilkan sebuah video mengenai pengunan Google Drive dalam Perkomputeran Awan.

Kelas Pertama.

 

Didalam kelas yang pertama di awal perkenalan Teknologi Maklumat , pensyarah telah memperkenalkan tentang latarbelakang teknologi iaitu mengenai  4 tahap pencapaian revolusi ‘4th revolution industry’ seperti gambar yang dibawah :

 

 

 

Sejak perkembangan teknologi pada tahun 1780’s hingga sekarang banyak perubahan yang berlaku.  Pada harini Revolusi industri lebih dikenali sebagai Industri 4.0 adalah nama yang diberi kepada trend automasi dan pertukaran data yang terlibat dalam teknologi pembuatan. Ia turut digelar sebagai Revolusi Industri Keempat. Revolusi yang dimaksudkan di sini ialah fenomena kewujudan “kilang pintar” yang dapat menghasilkan teknologi yang setanding dengan kepintaran manusia atau lebih memudahkan kerja manusia tanpa perlu mengunakan kepakaran yang tingggi dalam mengendalikan sesuatu alatan sebagai contoh kereta pintar iaitu tesla. Namun ada beberapa teknologi terkini yang lain seperti Cyber Physical Sistem (CPS), Internet Of Things (IOT), Cloud Computing dan Cognitive Computing turut menjadi tajuk utama dalam perkembangan revolusi ini.

 

contoh perkembangan teknologi ialah :

 

  1.  Perkembangan Teknolgi komputer
  2. Perkembangan teknologi telefon bimbit
  3. Ruang Pejabat
  4.  Hardware sensors
  5. Sejarah Storan ( https://www.youtube.com/watch?v=gbDlrdBiSIM)
  6. Cellular Network Evolution
  7. Evolusi Wifi

Kemunculan gelombang teknologi baharu yang dikenali sebagai ‘The Fourth Industrial Revolution’ atau Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) dan era ‘Digital Economy’ atau Ekonomi Digital yang menyebabkan Kerajaan terus berusaha dalam menjayakan Dasar Digital Malaysia.

 

 

 

 Akhir sekali, di dalam kelas Teknologi maklumat ini, kita akan mempelajari tentang ‘Pengkomputeran Awan’ . “pengkomputeran awan” dan nama ini merujuk kepada tugasan dan perkhidmatan yang disediakan atau dihoskan melalui Internet secara dasar bayar untuk guna. Orang telah dapat menyimpan, mengendalikan dan mengurus data melalui Internet untuk beberapa lama tetapi pengkomputeran awan melakukan ini pada skala yang lebih besar. Contohnya : 

  1.   Google Drive
  2.  DropBox
  3. SkyDrive Windows
  4. IDrive

 

 Tugasan yang diberikan ialah menghasilkan sebuah video berkaitan dengan Perkomputeran Awan dan memuat naik di blog dan fail disediakan. 

 

 

 KLIK SINI UNTUK LIHAT HASIL TUGASAN

 

 TERIMA KASIH. 

Kelas Kedua.

Pada perjumpaan ke -2 , kami di ajar mengenai cara – cara pembinaan website atau blog dengan mengunakan domain people.utm. Tugasa mengajar kali ini dibantu oleh :

Azizul Bin Azman PEGAWAI PENYELIDIK (QA41)

dalam perkongsian beliau, banyak perkara – perkara yang dipelajari dalam kelas tersebut dalam proses pembinaan website yang baik untuk dijadikan sebagai rujukan dan juga sebagai saluran untuk kita menyampaikan maklumat atau berkongsi tentang apa yang kita lalui, pelajari dari sesuatu kepada komuniti atau kepada warga UTM itu sendiri. Antara Topik yang di pelajari ialah :

 

  1. Komponen Laman Web
    a) Domain
    b) Hosting
    c) Isi Kandungan
  2. Pengenalan WordPress
    a) Homepage
    b) Post
    c) Page
    d) Plugins
    e) Widget

En Azizul telah memberikan beberapa contoh blog / Website yang baik dan cantik untuk diikuti, antaranya ialah website beliau sendiri seperti gambar dibawah.

 

jika berminat untuk melihat website yang dimiliki beliau boleh la Klik Buton dibawah >>

Sekian terima kasih.

 

KLIK SINI

Aplikasi dari Pembelajaran Subjek Teknologi Maklumat Untuk Kegunaan Masa Depan sebagai Penolong Pegawai Sains / Warga UTM

ne a  Sebagai warga UTM, pembelajaran Teknologi Maklumat sangat penting bagi kegunaan masa hadapan selari dengan perkembangan teknologi di era globalisasi ini . Antara kegunaan – kegunaan pengetahuan dalam teknologi maklumat ialah :

 

1.    Penyampaian Maklumat lebih cepat dan tepat.

Sistem penyampaian Pembelajaran dan pengajaran pada masa kini tidak boleh dipisahkan dengan teknologi selari dengan perkembangan sistem penyampaian maklumat berasaskan di hujung jari. oleh itu, dengan memperlajari teknologi maklumat dapat meningkatkan kadar kualiti pekerjaan atau tugasan lebih pantas berbanding mengunakan cara manual sebagai contoh : surat arahan bertugas secara email, atau lain lain medium penyampaian berasaskan teknologi internet lebih pantas dari ‘hardcopy’ yang mengambil masa yang lama untuk diterima oleh warga UTM. Penguasaan teknologi maklumat juga dapat memudahkan komunikasi sesama manusia tanpa batasan waktu dan tempat. Kewujudan aplikasi teknologi seperti Whatsapp telah mengubah cara komunikasi manusia di mana panggilan suara melalui telefon kini telah ditambah baik dengan panggilan video.

 

 

2.  Ilmu mengenai pengetahuan am dan pengetahuan semasa dapat dipertingkatkan.

Pengetahuan am ini adalah penting warga UTM/pengawai mengenali dan mengetahui hak mereka serta dapat memberikan pendapat atau solusi berkenaan isu-isu semasa yang berlaku di dalam dan luar negara. Tambahan pula, mereka dapat mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku pada hal semasa dan tidak mengulangi kesilapan yang sama semasa melakukan tugasan atau arahan berkerja ini. Intihannya, dengan mempelajari teknologi maklumat, ia membantu melahirkan warga UTM yang berpengetahuan luas dan tidak bersikap seperti katak di bawah tempurung. Pegawai /warga UTM seharusnya bersikap cakna dengan perkembangan isu-isu semasa yang berlaku secara domestik mahupun antarabangsa.

 

3.  Meningkatkan Kadar Inovasi dan kreativiti pegawai / warga UTM.

Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada warga UTM dan juga pegawai untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan secara tidak lansung banyak sistem sistem baru dihasilkan untuk memudahkan kerja kerja asas dalam pendidikan di UTM seperti sistem UTM smart dan sebagainya. Melalui inovasi – inovasi ini perkhidmatan yang disediakan sama ada dalam bentuk apps atau sistem boleh diakses dari warga tempatan atau semasa di luar negara , warga UTM atau pengawai akan dapat memanfaatkan sebaik mungkin. Sistem yang di inovasikan dapat memberi kefahaman yang lebih kepada warga kerja atau pelajar dalam sesuatu penyelidikan atau perkerjaan  contohnya dalam mengemaskini maklumat atau data tentang penyelidikan yang telah dibukukan dan hendak diwar warkan kepada rakyat malaysia hendaklah melalui sistem – sistem yang disedikan supaya mudah diakses oleh sesiapa yang diberi kebenaran. inovasi dan kreativiti ini akan meningkat dari semasa ke semasa selari dengan peningkatan teknologi dan kepakaran dalam bidang IT kerana memudahkan kerja – kerja kita .

 

 

4. Meningkatkan Imej oraganisasi terutamanya UTM dimata luar.

Penggunaan teknologi dalam kalangan pekerja akan memberi kesan terhadap kualiti kerja pekerja. Kemahiran tinggi dalam penggunaan teknologi akan membantu meningkatkan produktiviti serta kualiti kerja pekerja akan memberi pengaruh terhadap organisasi. Setiap organisasi menggunakan teknologi untuk bersaing dengan meningkatkan perkhidmatan. Sistem maklumat dan teknologi diperkenalkan di organisasi dengan tujuan untuk memberi kemudahan terhadap kerja dan fungsi pekerja. Perkerja yang berkualiti dan mengunakan teknologi disesebuah organisasi contohnya UTM, dapat meningkatkan kadar imej dan pandangan orang luar mengenai organisasi UTM sebagai sebuah organisasi yang mengikuti perkembangan semasa.

 

 

5.  Mengurangkan kadar stress dan beban kerja.

Kepentingan teknologi Maklumat atau menerapkan sistem berteknologi didalam pegawai dan warga UTM ialah :

a) Meningkatkan produktiviti
b) Menjimatkan masa kerja
c) Meningkatkan prestasi dan kualiti kerja
d) Mengurangkan beban kerja

 

 

 

Rumusan tentang subjek teknologi maklumat yang di ajar oleh Prof Madya Dr Shahrizal bin Sunar dan harapan serta aplikasi dari mempelajari subjek teknologi maklumat pada masa akan datang sebagai staf UTM / Pembantu Makmal

VIRTUAL REALITY ( VR)

Bridging Tahap 2 Sesi 2

Pada sesi kali ini kami belajar tentang  Realiti Maya (VR) dan aplikasinya terhadap industri seluruh Dunia.

 

APA ITU REALITI MAYA ?

  • Realiti Maya atau Virtual Reality (VR) adalah sebuah persekitaran maya atau dunia maya seakan dunia sebenar mengikut keperluan/kehendak penguna yang dijana oleh Komputer atau AI ( Artificial Intelligent). 

  • Dalam dunia Realiti Maya, penguna disajikan dengan pengalaman visual yang sebenar selari dengan paparan di komputer dan simulasi ini digabungkan dengan deria audio, deria sentuhan sebagai input dan output bagi tindakbalas terhadap penguna untuk mengambarkan (visualize), berimaginasi dan berinteraksi dengan komputer dan data kompleks.

  • VR ini juga ada sebuah sistem yang menyediakan satu pengalaman merasai sistem persekitaran maya 3D (dunia Maya) walaupun didunia Nyata. 

 

APLIKASI DAN FUNGSI VR PADA MASA KINI.

Kini Teknologi VR telah berkembang didalam industri Media terutama media sosial yang menjadi platform untuk pelbagai aktiviti harian samada untuk pekerjaan atau hiburan. Facebook Metaverse adalah salah satu platform VR yang melibatkan industri media sosial.

 

  • Facebook Metaverse Work ialah tempat untuk berhubung dan bersosial oleh semua orang di seluruh dunia tanpa ada fizikal yang terlibat bagi tujuan perniagaan. Dunia Metaverse Facebook menyajikan kepada penguna media sosial satu pengalaman baru dimana mereka boleh berinteraksi sesama rakan atau orang tanpa ke lokasi tempat pertemuan secara fizikal bagi tujuan jual-beli barang atau pengurusan peniagaan.

 

  • Facebook Metaverse Work menyediakan platform VR untuk penguna seperti RekaBentuk Produk, pelajaran dan pembelajaran dan gabungan & mesyuarat.

 

 

APLIKASI TEKNOLOGI REALITI MAYA DALAM URUSAN KERJA DI UTM.

 

Facebook Metaverse

Teknologi Maklumat

oleh Sep 21, 2022