Klik icon di atas untuk ke pautan ihadir bagi slide in atau slide out kehadiran.

ihadir: Sistem Perakam Waktu UTM

  • ihadir UTM adalah merupakan sistem perakam waktu UTM Digital Lifestyle iaitu ihadir.utm.my.
  • Sila klik pautan (Link) untuk membuat slide masuk dan keluar: http://ihadir.utm.my
  • Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan kewajipan seorang Penjawat Awam untuk  slide in/ slide out  merakam waktu kehadiran mereka sebelum dan selepas waktu pejabat (Office Hour) pada waktu pagi dan waktu petang setiap hari (5 hari bekerja). Begitu juga di UTM tidak terkecuali seperti di jabatan-jabatan lain kerajaan di seluruh Malaysia.

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil. 14/2023 bertarikh 22 Ogos 2023 bersetuju untuk melaksanakan tempoh percubaan Waktu Bekerja Fleksibel bagi tujuan menerima pakai Ceraian SR.4.1.1 Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksibel (WBF) di UTM kepada staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP) yang tidak tertakluk dengan peraturan waktu bekerja giliran.

WBF merupakan masa bekerja yang fleksibel di mana pegawai diberi fleksibiliti untuk hadir bekerja dalam tempoh waktu maşuk dan waktu pulang yang ditetapkan, dengan syarat memenuhi tempoh waktu bekerja sehari. Dengan pelaksanaan WBF ini, pegawai boleh memulakan tugas pada bila-bila masa antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi dan balik selepas 9 jam daripada waktu memulakan tugas. Contohnya pegawai yang memulakan tugas pada pukul 8.07 pagi boleh menamatkan tugas pada pukul 5.07 petang https://people.utm.my/aa-zuhdi/