Program Bridging UTM 2022
Tujuan Blog ini ditubuhkan untuk memberikan sedikit perkongsian tentang perjalanan saya dalam mengharungi suka-duka sebagai peserta Program Bridging UTM pada tahun 2022 kepada semua kawan – kawan yang akan terlibat pada masa akan datang. InsyAllah. Kita sedia Maklum bahawa UTM sedang dalam proses untuk menjumudkan semua jawatan Pembantu Makmal C19 di dalam universiti selaras dengan kedudukannya sebagai sebuah universiti penyelidikan awam berprestij bagi mencapai aras kualiti yang ditetapkan oleh visi dan misi UTM.
Tugasan yang disandang oleh Pembantu Makmal di UTM pada masa kini tidak lagi sesuai kerana tahap kemahiran Pembantu Makmal adalah lebih tinggi dari piawai yang telah ditetapkan berbanding Universiti Awam yang lain. Oleh yang demikian, (Jabatan Perkhidmatan Awam JPA berkerjasama dengan UTM telah bersetuju menjumudkan jawatan Pembantu Makmal C19 kepada Penolong Pegawai Sains C29 dengan syarat memenuhi berberapa kriteria yang telah ditetapkan iaitu :
a) Bersetuju mengikuti Program Bridging
b) Wajib menghadiri semua kelas yang ditawarkan.
c) Lulus setiap subjek yang telah dianjurkan dalam kurus ini.
d) Tidak Melanggar peraturan – peraturan yang telah ditetapkan sepanjang kursus berlansung.
Program Bridging ini merupakan kurus yang dianjurkan dalam tempoh 2 tahun yang setaraf dengan sijil diploma bagi mencapai piawai yang diingini bagi memberi peluang kepada peserta untuk kenaikan pangkat jika terdapat kekosongan jawatan Penolong Pegawai Sains di dalam UTM. Kursus ini dianjur oleh CTLD ( Pusat Pembangunan Bakat & Kepimpinan Universiti ) Pejabat Pendaftar UTM. CTLD telah menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menyusun modul, format dan jadual kelas untuk pembelajaran. Jawatankuasa ini terdiri daripada staf Akademik dan Staf Pelaksana UTM sendiri bagi membantu Kurus / Program ini berjalan dengan lancar. Subjek yang ditawarkan tidak hanya merangkumi subjek berkaitan Sains, ada juga subjek yang berkaitan dengan Pengurusan UTM, Teknologi Komputer dan Intergriti.
Akhir Kata, harapan dan doa saya agar Program Bridging pada tahun 2022 ini dapat memberikan manfaat kepada saya dan semua peserta agar menjadi staf UTM yang berilmu dan berkualiti tinggi bagi meningkatkan kualiti penyampaian UTM kepada pelajar bagi melahirkan modal insan kelas pertama. Semoga Pengajar/Pensyarah Program Bridging dan pegawai yang membantu melancarkan program ini sepanjang kelas berlansung dirahmati Allah serta memprolehi ganjaran yang baik atas usaha mereka. Amin.
Terima Kasih.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ
Contoh Jadual untuk Kursus Bridging.