Bismillah.
.
SYIRIK KHAFI ( tersembunyi )
.
Mentiadakan ‘Tuhan’ dalam kalimah Tuhid.
.
dalam kehidupan kita seharian, syirik kecil sering kita lakukan yang mengakibatkan terbatal la penyaksian syahadat kita. Maka, disaat terbatal syahadat kita, kita menjadi orang kafir yang menderhaka pada Allah.
.
seperti di dalam surah Al -Furqan ayat 43 : Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?
ayat ini menunjukkan bahawa segala KEHENDAK mengikut HAWA NAFSU ialah sebuah bentuk syirik bagi Allah tanpa kita sedar.
.
.
sebagai contoh , kita berkata : Setiap pagi saya wajib minum kopi, kalau tak minum tak boleh’ atau ‘kenapa awak tak panggil saya haji, saya baru balik mekah’ . Hati kita tidak menjadi suka kepada sesuatu dan mengikat kehendak kita jatuh kepada wajib oleh hawa nafsu itu la di sebut TUHAN kepada manusia. Apatah lagi hawa nafsu yang lain.
.
.
Antara perkara2 yang membatalkan syahadah ialah :
dengki hasad tamak bakhil kasal ( Malas)
penipu riak takkabur khurafat putus harapan terhadap Allah pelupa Bahimiyah ( kehewanan) syaitoniah.
.
.
Maka, buang la berhala – berhala atau tuhan – tuhan yang berada dalam diri kita, sentiasa memakai pakaian Muhammad sidiq, amanah, tabligh, fatonah bagi mencapai ketenangan dan ketenteraman jiwa..
.
.
seperti mana dalam firman Allah : Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Rabbmu dengan hati yang rida dan diridai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku. (Q.S. Al-Fajr 27-30).
.
.
selesai sudah membersihkan diri kita dari syirik kecil. Perjalanan membersihkan syirik besar dan kecil ini adalah sangat susah, seperti berjalan di atas rambut yang dibelah 7, hanya Al quran ‘huda’ kepada orang – orang yang bertaqwa.
bersambung…syirik khafi ul khafi. ( Sembunyi lagi tersembunyi )