PENGENALAN PROGRAM

Pusat Kecemerlangan Sukan Jabatan TNC (Hal Ehwal Pelajar) dengan kerjasama Jawatankuasa Gaya Hidup Sihat Jabatan Pendaftar UTM telah menganjurkan Program Cabaran 100 hari (Fasa 1) 1.0, 2.0, 3.0 dan seterusnya meneruskan program (Fasa 2) 4.0 (Gagah Perkasa) dan 5.0  (Sihat Sejahtera) kesinambungan pelbagai peserta dari kalangan warga UTM yang terlibat mendapat berat badan ideal ke arah kesihatan fizikal yang lebih baik dan mempunyai tahap kecergasan yang tinggi serta mematuhi SOP sektor am sukan.

 

OBJEKTIF

  • Membudayakan amalan gaya hidup sihat di kalangan warga kampus UTM supaya
    terhindar daripada menghidapi penyakit yang kronik seperti jantung, kencing
    manis dan darah tinggi.
  • Memberikan cabaran kepada peserta yang obesiti dapat menurunkan berat
    serta mendapatkan berat ideal dalam tempoh 100 hari sahaja
  • Memberikan pengetahuan kepada peserta berkaitan senaman, kecergasan, diet
    pemakanan yang seimbang, pembakaran kalori dan amalan-amalan kesihatan
    yang lain.
  • Program ini dibantu oleh jurulatih daripada Staf Pusat Kecemerlangan Sukan
    Jabatan TNC (Hal Ehwal Pelajar)

ALHAMDULILLAH. HAZA MIN FADHLI ROBBI, SAYA JADI PEMENANG NO 1. 
dapat menghakis 19kg dalam masa 100 hari , sekaligus dapat salam NC UTM. Hehehe