- CADANGAN KERANGKA BAHARU PEMBANGUNAN MAHASISWA
- PENSTUKTURAN SEMULA SEMUA KELAB DAN PERSATUAN MAHASISWA UTM
- Kerangka baharu pembangunan mahasiswa ini melibatkan semua kelab dan persatuan mahasiswa dalam UTM
- Susunan hirarki kelab dan persatuan bermula dengan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) dengan melihatkan peranan mereka sebagai penaung kepada kelab dan persatuan mahasiswa lain di bawah satu kementerian
- Setiap ahli MPM memegang portfolio yang diberi mandat dalam mesyuarat perlantikan portfolio kepimpinan MPM.
- Mereka akan menjaga portfolio tersebut dengan bantuan barisan kepimpinan kelab elit seperti sebuah kementerian.
- Semua dasar-dasar yang dicadangkan dan dipersetujui dalam Parlimen Siswa perlu dilaksanakan oleh kelab dan persatuan berkenaan yang berperanan seperti jabatan yang melaksanakan sesuatu dasar.
- MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA
- Merupakan wakil pelajar di kawasan yang dipilih.
- Dipilih berdasarkan pemilihan/pengudian dalam kalangan mahasiswa dalam kelab elit dan JKM
- Menjaga dan merancang aktiviti kawasan serta menjaga kesejahteraan dan keharmonian kawasan
- Menjaga portfolio yang ditentukan dan merancang pembangunan dan aktiviti yang sesuai dengan bantuan kelab dan persatuan yang berada di bawah portfolio berkenaan.
- Merancang dan mencadangkan pembangunan mahasiswa dan universiti menerusi Parlimen Siswa.
- Menjadi ketua (menteri) kepada kepimpinan kelab elit yang menjadi kementerian berdasarkan portfolio.
- Bekerjasama dengan JKM, Kelab dan Persatuan Mahasiswa dalam merancang aktiviti pembangunan mahasiswa yang merupakan jabatan pelaksana.
- Terlibat dalam aktiviti yang sehaluan dengan dasar KPT dan universiti.
- Mempromosi UTM menerusi bakat kepimpinan yang tinggi dan holistik.
- Setiap ahli merupakan ahli Parlimen Siswa
- Ahli merupakan pelajar Tahun 3 yang dilantik secara pengundian
- KELAB ELIT
- Mencadangkan kelab elit yang setara dengan kredibiliti kepimpinan MPM.
- Merupakan calon-calon pemimpin daripada kelab, persatuan pelajar dan ahli JKM yang menonjol dari pelbagai aspek teras pembangunan mahasiswa.
- Keahlian menerusi tawaran, jemputan dan permohonan rasmi.
- Pemilihan kepimpinan menerusi pencalonan dan pengundian.
- Merupakan himpinan pemimpin mahasiswa senior yang berpengalaman mengurus dan mentadbir kelab dan persatuan terdahulu.
- Khas untuk pelajar Tahun 2 dan Tahun 3
- Contoh kelab elit 5ETP, JKM dan Golden Key dan persatuan mahasiswa fakulti
- 2 Pemimpin tertinggi setiap subsideri merupakan ahli Parlimen Siswa
- Ahli yang melepasi tahun 3 boleh bertanding sesama mereka dalam pemilihan barisan MPM.
- JAWATANKUASA KOLEJ MAHASISWA (JKM)
- Memimpin mahasiswa di kolej.
- Pemilihan menerusi pencalonan dan pengundian
- 2 Ahli tertinggi dalam setiap JKM merupakan ahli Parlimen Siswa.
- KELAB 5 ETP
- Dipecahkan mengikut teras fokus kelab sedia ada dan dinaik taraf sebagai kelab elit dengan penjenamaan baru
- Memiliki carta organisasi kepimpinan masing-masing.
- Bertindak sebagai kementerian-kementerian berdasarkan portfolio di bawah MPM
- Di bawah kawalan HEMA.
- Barisan ahli pelajar tahun dua dan ke atas.
KELAB DAN PERSATUAN
-
- Keahlian untuk Kelab dan persatuan diwajibkan bagi pelajar sepanjang pengajian di UTM.
- Pelajar yang menyertai badan beruniform Palapes, Suksis dan JPAM dikecualikan daripada menyertai kelab dan persatuan.
- Pelajar boleh memilih sehingga 2 kelab dan persatuan untuk disertai tetapi hendaklah daripada kawalan PTJ yang berbeza. (PTJ atau fakulti atau HEMA)
- Kelab dan persatuan yang diwujudkan perlu berdaftar dengan HEMA. Ia boleh ditubuhkan di bawah PTJ seperti fakulti, unit, pusat, unit di bawah HEMA, atau kolej kediaman
- Pusat Kokurikulum dan Pembelajaran Servis (CCSL) dicadangkan menjadi pusat informasi dan promosi kelab dan persatuan di UTM dan merancang pemberian kredit yang bersesuaian.
- Palapes, Suksis dan JPAM dipertanggungjawab sebagai Kementerian (macam KDN)
- Kelab dan persatuan mahasiswa menjadi jabatan-jabatan kepada kementerian (kelab elit).
- PELAKSANAAN AKTIVITI PEMBANGUNAN MAHASISWA
- PARLIMEN MAHASISWA
- Dianggotai oleh MPM, 2 pemimpin setiap satu dari subsidiary baru kelab 5ETP dan 2 pemimpinan tertinggi kelab elit lain seperti Golden Key.
- Mengadakan persidangan dewan mirip suasana dan prosedur Dewan Parlimen
- Dikawal oleh Yang Dipertua Parlimen Siswa yang ditentukan oleh pejabat HEMA
- Menggemukakan usul dan membahaskannya di Parlimen Siswa. Usul akan melalui proses saringan dan selaras dengan peraturan Akta Universiti (AUKU) dan Peraturan UTM.
- Matlamat persidangan adalah untuk membolehkan pemimpin mahasiswa berdebat secara sihat dalam membincangkan hal-hal pembangunan mahasiswa dan membantu universiti mencapai matlamat sebagai pusat pengajian tersohor di dunia.
- 2 persidangan setiap semester (cuti pertengahan semester dan cuti antara semester).
- Medan untuk membincangkan hal ehwal portfolio kepimpinan MPM, pembangunan mahasiswa dan aktiviti yang selaras dengan KAI HEMA.
- KELAB DAN PERSATUAN
- Setiap kelab dan persatuan di UTM diwajibkan mendaftar dengan Pusat Pembangunan Mahasiswa Holistik.
- Diwajibkan penyertaan kepada pelajar Tahun 1 – Tahun 4 .
- Setiap kelab dan persatuan mempunyai Ketua Penasihat dan Jawatakuasa Penasihat Kelab dan Persatuan sendiri yang terdiri daripada staff akademik.
- Peranan penasihat kelab adalah seperti berikut:
- Merancang aktiviti jangka pendek dan jangka panjang dalam pertemuan mingguan
- Membantu menanamkan elemen kemahiran insaniah dalam mahasiswa dalam setiap pertemuan mingguan.
- Menjadikan pertemuan mingguan sebagai medan diskusi, penyampaian pengetahuan dan kemahiran insaniah.
- PENASIHAT PEMBANGUNAN MAHASISWA
- Sistem penasihat akademik yang lebih kondusif perlu diperkenalkan bagi memastikan aspek pembangunan mahasiswa holistic turut dipantau dan dirancang oleh ahli akademik.
- Penasihat akademik diberi penjenamaan baru sebagai Penasihat Pembangunan Pelajar
- Pembahagian pelajar adalah seperti yang diamalkan seperti kebiasaan.
- Penasihat akademik membantu HEMA untuk memantau dan menilai Indeks Patriotisme dan Perpaduan Nasional setiap siswa di bawah seliaan berdasarkan sistem yang akan dibangunkan oleh KPT.
- Penilaian bagi setiap mahasiswa akan dilakukan oleh Penasihat Pembangunan Mahasiswa pada Semester 1, Semester 4 dan Semester
- HARI KOKURIKULUM
- Hari kokurikulum dicadangkan ditukar pada keseluruhan hari Khamis di UTMJB dan pada hari Jumaat di UTMKL.
- Hari kokurikulum diwajibkan kepada mahasiswa dan semua warga akademik untuk melaksanakan pelbagai aktiviti pembangunan mahasiswa di dalam kampus.
- Memudahkan pelajar keluar mengadakan aktiviti kelab dan persatuan di luar kampus.
- Kehadiran diwajibkan dan diambil oleh Penasihat Kelab dan Persatuan yang bersama dalam dalam dimasukkan dalam sistem CPD.
- Pelajar yang tidak hadir 20% akan dikenakan tindakan ……(kena fikirkan jenis tindakan)
- Semua aktiviti akademik dan pengurusan akademik tidak boleh dijalankan pada hari ini.
- MODUL PATRIOTISME DAN PERPADUAN NASIONAL
- Indeks patriotisme dan perpaduan nasional merupakan satu dasar baru KPT yang wajib dilaksanakan oleh semua IPT di Malaysia.
- Mulai sesi 2017/2018, semua mahasiswa akan menjalani proses Self–Declaration (SD) menggunakan perisian yang sedang dibangunkan oleh KPT pada Semester 1, Semester 4 dan Semester 7 manakala Penasihat Pembangunan Mahasiswa diwajibkan menilai menggunakan Rubrik Patriotisme dan Perpaduan Nasional pada Semester 7.
- Setiap aktiviti pelajar yang memerlukan kelulusan HEMA diwajibkan mengambil sepenuhnya atau mengubahsuai pakej modul yang disediakan oleh pihak KPT untuk diterapkan dalam program yang akan dijalankan.
- Kaedah persampelan secara rawak akan digunakan bagi melihat ketekalan rubrik mahasiswa yang diistiharkan menerusi program yang akan dijalankan oleh pihak HEMA.
- PROGRAM GAP YEAR
- Program Gap Year bertujuan memberikan peluang dan kemudahan kepada pelajar untuk mengembangkan bakat dan minat dalam pelbagai bidang seperti sukan, kesukarelawanan, khidmat komuniti, keusahawanan, pengembangan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman.
- Terdiri daripada 2 jenis ; Gap Year Khusus dan Gap Year Umum.
- Pelajar yang berminat menyertai Program Gap Year perlu mengisi borang dan melayari laman web universiti peneraju yang menawarkan Program Gap Year khusus yang ditawarkan.
- Program Gap Year Umum membolehkan pelajar mengikuti program yang mereka rancang sendiri atau mengikuti pertubuhan yang disahkan dan diberi keizinan untuk disertai mereka. Pelajar hanya perlu menyediakan kertas kerja mengikut format yang disediakan dan memuat turun borang-borang yang berkaitan.
- Pelajar yang menghantar permohonan rasmi akan ditemuduga untuk kelulusan.
- Pelajar akan diberikan penangguhan pengajian dengan kebenaran tanpa menjejaskan bilangan semester diambil jika diluluskan.
- Unit yang terlibat : UGS, Fakulti, HEMA, Pejabat Bendahari
- PENUBUHAN KELAB MEDIA DAN SIARAYA MAHASISWA
- Penyediaan platform myUTM telah memudahkan semua maklumat disampaikan kepada mahasiswa dengan cepat.
- Kelab media dan siaraya melatih mahasiswa menyediakan berita dan melaporkannya menggunakan social media dengan baik bagi mempromosi aktiviti kelab, persatuan, kolej, fakulti, PTJ dan sebagainya di UTM.
- Kelab media ini akan diletakkan di bawah kawalan dan pemantauan HEMA/HEK bagi mengawal jenis berita yang dilaporkan.
- PEMANTAPAN KEMUDAHAN DAN INFRASTRUKTUR KEUSAHAWANAN
- Konsep keusahawanan akan memberi penekanan terhadap aplikasi kemahiran keusahawanan secara praktikal dan nyata.
- Kelab dan persatuan yang berkaitan penjanaan kewangan dan keusahawanan akan diletakkan di bawah portfolio MPM kewangan dan bekerjasama dengan Pusat Inovasi dan Keusahawanan Teknologi UTM untuk merancang pembangunan keusahawanan dan melaksanakan akviti/program yang menjana kewangan di dalam UTM.
- Beberapa infrastruktur khusus seperti Medan Selera dan Bangunan Khidmat Mahasiswa yang sebahagian besarnya diusahakan oleh kelab pelajar perlu disediakan untuk kemudahan mereka.
- Penyediaan infrastruktur lain yang boleh dijalankan oleh kelab dan persatuan pelajar seperti kedai dobi, kedai runcit, bengkel motor dan servis kereta dan sebagainya.
- PENGIKTIRAFAN AHLI AKADEMIK YANG TERLIBAT DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM MAHASISWA
- Aktiviti pembangunan mahasiswa sedia ada hanya melibatkan sebahagian kecil golongan ahli akademik kerana ia tidak diberi pengiktirafan yang sewajarnya.
- Setiap ahli akademik yang aktif membangunkan mahasiswa wajar diberi pengiktirafan yang setimpal seperti mata CPD dan mata khas dalam sistem e-lppt serta diambil kira dalam pertimbangan kenaikan pangkat.
Akan dibengkelkan sepenuhnya pada 8 dan 9 Ogos 2018