Malam Indah Sekretariet Rakan Muda UTMJB 2018

Meraikan jawatankuasa tertinggi SRM 2018 dan penghargaan jawatankuasa lama.

Date : 22 Februari 2018

Veuw : Dewan Bankuet, BCSI, UTMJB

IMG-20180225-WA0020IMG-20180225-WA0018IMG-20180225-WA0019

Bersama jawatankuasa dan ahli yang hadir di Malam Indah SRMUTM 2018

WhatsApp Image 2018-02-25 at 9.20.03 AMWhatsApp Image 2018-02-25 at 9.20.04 AMWhatsApp Image 2018-02-25 at 9.20.05 AM

Malam Indah SRMUTMJB 2018

MAJLIS TERTINGGI SEKRETARIAT RAKAN MUDA UTM SESI 17/18

Presiden-Rushdi

Timb.Pres.Aktiviti-Izzati Rashid

Timb.Pres.Pengurusan 1-Harris Ibrahim

Timb.Pres.Pengurusan 2-Pila Karmila

Setiausaha Agung-Ain Mazlan

Bendahari Kehormat-Syafiqah

Teks Ucapan AGM SRM

TEKS UCAPAN PENASIHAT

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Selamat malam dan Salam sejahtera.

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan setinggi-tinggi rasa kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan izinnya kita dapat berkumpul pada malam yang penuh berseri ini dalam Majlis Annual Grand Meeting (AGM) Sekretariat Rakan Muda (SRM) UTM JB bagi tahun 2016.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas jemputan bagi menghadiri majlis ini serta mengalu-alukan kehadiran barisan Majlis Tertinggi Sekretariat Rakan Muda, Pengarah program, Para exco, seterusnya Ahli-ahli SRM yang dikasihi sekalian kerana sudi meluangkan masa untuk turut bersama di dalam majlis pada hari ini,

Hadirin yang dihormati,

Sebagaimana kita sedia maklum, mesyuarat ini bertujuan untuk membubarkan Majlis Tertinggi SRM sesi 15/16 serta melantik Majlis Tertinggi Sekretariat Rakan Muda yang baharu. Sejujurnya saya sebagai penasihat kelab sekretariat rakan muda ingin menzahirkan perasaan yang cukup berbangga dengan pencapaian-pencapaian yang diperolehi oleh kelab ini sepanjang sesi yang lepas atas usaha dan kerja keras barisan majlis tertinggi serta ahli-ahli kelab SRM sendiri.

Pada setiap sesi SRM berlakunya peningkatan keahlian. Sambutan yang cukup memberangsangkan ini membuktikan bahawa Kelab Sekretariat Rakan Muda UTM JB merupakan kelab yang sentiasa aktif dan berjaya melaksanakan program-program yang berimpak tinggi. Peningkatan keahlian pula hendaklah disertai dengan peningkatan kemahiran setiap ahli. Saya gembira kerana SRM bercirikan penerapan budaya ilmu, menggalakkan program pembelajaran berterusan dan mementingkan peningkatan kemahiran untuk semua ahlinya. Ini dapat dilihat daripada program-program yang dianjurkan oleh SRM seperti program yang menerapkan teras kesukarelawanan , program yang melatih fizikal, pengurusan dan sebagainya merupakan sumber pengetahuan yang mungkin tidak diperolehi di dalam bilik kuliah.

Hadirin yang dihormati,

Suka saya mencadangkan beberapa demi kebaikan SRM ini di masa hadapan. Memandangkan keadaan ekonomi dan bajet univesiti yang dipotong ketika ini. Maka saya semakin rasakan kesukaran untuk mendapatkan peruntukan dari pejabat HEMA untuk masa-masa akan datang. Justeru itu, saya mencadangkan yuran keahlian yang munasalah dikenakan bagi membolehkan SRM ini bergerak sebagai satu pertubuhan. Gunakan juga ianya dengan sebaiknya untuk kebajikan dan aktiviti ahli.

Selain itu, saya berharap ada initiatif penjanaan kewangan kelab ini yang lebih terancang. Contohnya mendapatkan lot perniagaan di dalam kawasan kampus untuk kiosk ais krim tetap atau kebenaran berniaga secara bergerak. Menyertai Pasar Rabu berhampiran tasik, menjual kerepek dan sebagainya. Insyaallah, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Selain itu, aktiviti yang dianjurkan selepas ini perlukan di fikirkan juga sumber dana penajaan terlebih dahulu. Ataupun menganjurkan aktiviti yang boleh menjana kewangan. Bagi mengurangkan kos aktiviti, saya sarankan agar kita bekerjasama dengan kokurikulum teras Kepimpinan di CCSL dan berkoloborasi dalam aktiviti yang dianjurkan mereka.

Ahli-ahli yang saya kasihi sekalian,

Dengan pelaksanaan program yang disediakan sebelum ini diharap dapat memberi banyak manfaat kepada ahli-ahli yang menyertai aktiviti yang disediakan. Selain itu, program-program itu juga dilaksanakan agar kita dapat menyediakan satu platform bagi menghubungkan dan merapatkan silaturrahim antara satu sama lain. Saya yakin dengan komitmen dan usaha yang berterusan daripada barisan MT sesi 15/16 kita akan dapat menjalinkan kerjasama yang lebih baik malah saya berharap ianya dijadikan garis panduan yang berguna kepada bakal pemegang jawatankuasa Majlis Tertinggi SRM yang baru.

Untuk membolehkan persatuan ini terus relevan, kepimpinan yang bijak dan dinamik merupakan antara prasyarat utama. Ahli-ahli SRM yang menerajui kepimpinan dalam persatuan ini merupakan tonggak pemangkin perubahan yang berperanan besar bagi membentuk masa depan SRM. Justeru itu, Komitmen, kreativiti, inovasi, dan kebijaksanaan harus digunakan sebagai pemangkin perubahan. Setiap pandangan ahli hendaklah dijadikan input ke arah penambahbaikan dan kecemerlangan SRM.

Para hadirin sekalian,

Saya berharap selepas selesai majlis penyampaian amanat daripada barisan Majlis Tertinggi sesi 15/16, para pemegang jawatankuasa majlis tertinggi SRM yang baru dapat menggalas tanggungjawab yang diberi dengan baik dan berkualiti.

Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan penghargaan dan terima kasih atas jemputan ke majlis ini. Saya ucapkan selamat bermesyuarat, semoga pemilihan ahli jawatankuasa 2016-2017 berjalan dengan teratur, adil dan saksama. Saya berkeyakinan, ahli yang dipilih kelak terdiri daripada mereka yang boleh bekerja sebagai satu pasukan. Kepada mereka yang terpilih, laksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini. Tanpa sokongan dan kerjasama tuan-tuan , program sebegini tidak akan boleh dilaksanakan dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

Dr. Azlan Bin Abdul Latib

Penasihat Sekretariet Rakan Muda UTM