Jawatankuasa penilaian buku teks diwujudkan untuk menjalankan kerja semakan kualiti buku secara keseluruhan meliputi ketepatan kurikulum, kandungan, isi, laras bahasa, pemilihan gambar, reka letak dan sebagainya, mengikut kesesuaian umur dan peringkat pembelajaran pelajar. Jawatankuasa ini terdiri daripada pelbagai profesion dalam bidang berkaitan seperti guru bidang, guru grafik, guru bahasa, pensyarah universiti dan penulis berpengalaman. Setiap buku teks melalui beberapa peringkat jawatankuasa semakan sebelum ianya melepasi semakan akhir naskah sedia kamera.
Gambar di bawah adalah ahli jawatankuasa penilaian semakan naskah sedia kamera buku teks darjah 3 Kemahiran Kehidupan (Masalah Pembelajaran) 2018 yang akan diterbirkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Bengkel telah diadakan selama 5 hari di ANCASA Hotel Kuala Lumpur pada Mei 2018.