Mencapai hasrat KPT menerusi PPPM (PT)
AMANAT 2018
1st UTMAlumni Sabah Reunion
All Sabahan Alumni of UTM are invited!!!!!
Date : 3 February 2018
Location : Promenade Hotel, Kota Kinabalu
Time : 1.00 pm – 6.00 pm
Please call 07-5536001 or 0197277288 (Dr. Azlan Abdul Latib) for reservation
Top Bidder 2018
Program Transformasi Komuniti Kemboja – UTM
Transformasi Komuniti Lestari Kemboja – https://www.youtube.com/watch?v=bN0lefnwvTw
A Journey of Making Sustainable Cultural Village of Khleang Sbek Cambodia Vs2 – https://www.youtube.com/watch?v=ZqCLVID5A8E
Penilaian Projek ABM Lukisan Kejuruteraan
Senarai tajuk ABM
- Lukisan Persilangan
- Lukisan Perspektif
- Lukisan Pengorakan
- Lukisan Keratan
- Lukisan Bangunan
Penilaian telah diadakan pada 18 Disember 2017 di Makmal Lukisan Kejuruteraan, JPTK N36.
Perubahan Struktur Pejabat UTMAlumni
Pejabat UTMAlumni akan berpindah sepenuhnya di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor Pembangunan mulai 1 Januari 2018. Namun begitu, peranan dan fungsi pejabat UTMAlumn masih kekal seperti biasa iaitu untuk membantu merancakkan program pembangunan pelajar melalui total campus experience, jalinan dan pembangunan alumni serta membantu peranan unit endowment/wakaf/zakat UTM.
Indeks Patriotisme uji tahap kesetiaan
UTUSAN ONLINE: 20/8/2014
Tatkala kita di ambang sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-57 pendedahan hasil kajian Indeks Patriotisme Negara sedikit mengejutkan. Hasil kajian Indeks Patriotisme Negara membabitkan 1,200 responden terutamanya pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dilaporkan berada pada skor rendah iaitu purata 3.8 antara setuju dan tidak setuju.
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim yang mendedahkan laporan ini, hasil dapatan indeks ini sedikit sebanyak mencerminkan tahap semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat di negara ini yang secara relatifnya masih rendah dan merisaukan.
Walaupun jumlah 1,200 orang responden itu mungkin tidak mewakili suara seluruh rakyat Malaysia mahupun kesemua pelajar IPT itu, namun sampel ini tetap memberi signal yang jelas kepada semua pihak terutamanya kepada pembuat dasar supaya perlu ada tindakan susulan mahupun pencegahan diambil bagi mengatasi isu ini.
Hal ini penting kerana walaupun jumlah responden kecil berbanding jumlah populasi yang sedia ada namun tujuh dimensi pengukuran yang terlibat dalam pengukuran indeks ini dilihat mencakupi semua aspek yang cukup signifikan dan penting dalam kita menilai dan mengukur tahap patriotisme dalam kalangan warga kita.
Tujuh dimensi yang terlibat adalah kenegaraan, kesetiaan kepada institusi raja dan kesultanan, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, pola kependudukan dan interaksi antara kaum, pembabitan dalam aktiviti sosial, penggunaan produk tempatan dan gagasan 1Malaysia.
Indeks ini telah diperkenalkan dan dilaksanakan oleh Biro Tatanegara (BTN) yang berpandangan ia adalah cukup mustahak dalam merencana usaha untuk membina dan memperkukuh semula tahap patriotisme dalam kalangan warga negara ini yang kini dilihat berhadapan dengan cabaran yang getir.
Mengikut tafsiran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) patriotisme membawa maksud perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Hakikatnya memang kita memerlukan sebuah instrumen yang mampu mengukur dan menterjemahkan nilai patriotisme yang dimiliki oleh rakyat negara ini.
Dalam konteks ini indeks patriotisme dilihat sebagai wadah dan platform terbaik untuk kita menguji diri sendiri sejauhmana dan sekukuh mana perasaan cinta kita terhadap tanah air tercinta.
Tidak perlu kita menilai mahupun mencurigai kesetiaan orang lain andai cinta dan setia kita sendiri terhadap negara ini masih lemah, rendah dan boleh dipertikaikan. Hakikatnya perasaan cinta tidak boleh dipaksa mahupun dijual beli. Ia melibatkan elemen perasaan dan emosi di mana perlu lahir dan hadir dari dalam jiwa dan hati kita sendiri.
Dalam hal ini apa yang menggusarkan kita dan menimbulkan tanda tanya yang besar apakah generasi muda negara ini yang bakal memikul tanggungjawab dan amanah untuk meneruskan legasi kecemerlangan negara ini memiliki perasaan cinta yang kukuh terhadap negara ini.
Jelas statistik membabitkan 1,200 orang ini tidak memihak kepada mereka. Ini menunjukkan kerajaan selaku pembuat dasar perlu mengambil langkah sewajarnya dengan segera bagi membina dan memperkukuh semula semangat patriotisme dalam kalangan belia kita. Tambahan pula timbul persoalan setelah 57 tahun kita meniti sebuah kemerdekaan apakah hasil yang sebegini kita harapkan?
Dalam hal ini penulis tertarik dengan cadangan bekas Pengarah Institut Teknologi Mara (ITM) atau sekarang dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Arshad Ayub yang baru-baru ini berpandangan bahawa semangat cintakan negara perlu disuntik bermula di institusi pendidikan awal kanak-kanak bagi melahirkan rakyat yang patriotik. Menurut beliau, cadangan ini adalah berdasarkan pengamatan beliau yang menunjukkan ketika ini nilai patriotisme semakin pupus dalam kalangan generasi muda menyebabkan hal ini perlu diberi perhatian serius.
Tambah beliau, cara terbaik untuk membina negara bangsa perlu bermula di peringkat tadika umpama melentur buluh biar daripada rebungnya, kemudian di sekolah rendah, menengah dan selanjutnya di universiti. Walaupun mungkin ada pihak yang kurang setuju dengan cadangan ini namun kita perlu berpijak di bumi nyata. Hakikatnya kita perlu terima kenyataan bahawa kebanyakan belia pada hari ini sedang berhadapan dengan krisis kecelaruan identiti yang turut menjejaskan tahap kesetiaan dan patriotisme mereka terhadap negara sendiri.
Justeru langkah drastik perlu diambil termasuk mempertimbangkan cadangan ini secara serius supaya generasi muda hari ini benar-benar memahami sejarah pembentukan dan kemerdekaan negara sejak zaman awal persekolahan lagi.
Perpecahan dalam kalangan masyarakat mutakhir ini walaupun banyak berpunca daripada faktor politik namun kegagalan kita untuk memahami dan menghayati sejarah negara terutamanya membabitkan aspek kontrak sosial jelas memberi impak yang negatif dan merisaukan.
Baik orang Melayu, Cina, India mahupun kaum minoriti yang lain perlu sedar bahawa sikap sayang dan cintakan negara perlu wujud dan sebati dalam diri kita sepanjang masa. Tidak boleh ada tolak ansur dalam hal ini.
Kita boleh bertelagah, berselisih faham mahupun berbeza pandangan dan ideologi politik namun dalam soal semangat patriotisme dan sayangkan negara kita perlu berdiri sebagai satu bangsa yang bersatu padu dan kuat.
Sedarlah bahawa perpaduan dan semangat cintakan negara yang tebal menjadi penyumbang utama kemerdekaan dan kejayaan kita selama ini. Justeru kita berharap generasi muda tidak meragut dan menghancurkannya dalam sekelip mata. Sedarlah juga, merdeka sekali tidak bermakna kita akan kekal merdeka selama-lamanya.
Semoga kewujudan indeks patriotisme ini mampu menunjukkan kita wajah sebenar cinta dan setia setiap warga negara ini. Untuk itu kita menyokong penuh agar pihak BTN melaksanakan kajian ini dalam skala yang lebih besar supaya dapat melibatkan segenap lapisan masyarakat agar kita dapat memperoleh skor indeks patriotisme yang lebih menyeluruh.
PENULIS ialah Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140820/re_01/Indeks-Patriotisme-uji-tahap-kesetiaan#ixzz51gugV3GU
© Utusan Melayu (M) Bhd
Self Declaration – Indeks Partiotisme dan Perpaduan
Pelajar Tahun 1 diminta melayari laman web berikut untuk melaksanakan proses self-declaration indeks patriotisme dan perpaduan.
Laman web : 202.190.75.94:81/ippn/login.php
Tarikh tutup : 19 Disember 2017