Indeks Patriotisme uji tahap kesetiaan

UTUSAN ONLINE:  20/8/2014

 

Tatkala kita di ambang sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-57 pendedahan hasil kajian Indeks Patriotisme Negara sedikit mengejutkan. Hasil kajian Indeks Patriotisme Negara membabitkan 1,200 responden terutamanya pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dilaporkan berada pada skor rendah iaitu purata 3.8 antara setuju dan tidak setuju.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim yang mendedahkan laporan ini, hasil dapatan indeks ini sedikit sebanyak mencerminkan tahap semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat di negara ini yang secara relatifnya masih rendah dan merisaukan.

Walaupun jumlah 1,200 orang responden itu mungkin tidak mewakili suara seluruh rakyat Malaysia mahupun kesemua pelajar IPT itu, namun sampel ini tetap memberi signal yang jelas kepada semua pihak terutamanya kepada pembuat dasar supaya perlu ada tindakan susulan mahupun pencegahan diambil bagi mengatasi isu ini.

Hal ini penting kerana walaupun jumlah responden kecil berbanding jumlah populasi yang sedia ada namun tujuh dimensi pengukuran yang terlibat dalam pengukuran indeks ini dilihat mencakupi semua aspek yang cukup signifikan dan penting dalam kita menilai dan mengukur tahap patriotisme dalam kalangan warga kita.

Tujuh dimensi yang terlibat adalah kenegaraan, kesetiaan kepada institusi raja dan kesultanan, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, pola kependudukan dan interaksi antara kaum, pembabitan dalam aktiviti sosial, penggunaan produk tempatan dan gagasan 1Malaysia.

Indeks ini telah diperkenalkan dan dilaksanakan oleh Biro Tatanegara (BTN) yang berpandangan ia adalah cukup mustahak dalam merencana usaha untuk membina dan memperkukuh semula tahap patriotisme dalam kalangan warga negara ini yang kini dilihat berhadapan dengan cabaran yang getir.

Mengikut tafsiran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) patriotisme membawa maksud perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Hakikatnya memang kita memerlukan sebuah instrumen yang mampu mengukur dan menterjemahkan nilai patriotisme yang dimiliki oleh rakyat negara ini.

Dalam konteks ini indeks patriotisme dilihat sebagai wadah dan platform terbaik untuk kita menguji diri sendiri sejauhmana dan sekukuh mana perasaan cinta kita terhadap tanah air tercinta.

Tidak perlu kita menilai mahupun mencurigai kesetiaan orang lain andai cinta dan setia kita sendiri terhadap negara ini masih lemah, rendah dan boleh dipertikaikan. Hakikatnya perasaan cinta tidak boleh dipaksa mahupun dijual beli. Ia melibatkan elemen perasaan dan emosi di mana perlu lahir dan hadir dari dalam jiwa dan hati kita sendiri.

Dalam hal ini apa yang menggusarkan kita dan menimbulkan tanda tanya yang besar apakah generasi muda negara ini yang bakal memikul tanggungjawab dan amanah untuk meneruskan legasi kecemerlangan negara ini memiliki perasaan cinta yang kukuh terhadap negara ini.

Jelas statistik membabitkan 1,200 orang ini tidak memihak kepada mereka. Ini menunjukkan kerajaan selaku pembuat dasar perlu mengambil langkah sewajarnya dengan segera bagi membina dan memperkukuh semula semangat patriotisme dalam kalangan belia kita. Tambahan pula timbul persoalan setelah 57 tahun kita meniti sebuah kemerdekaan apakah hasil yang sebegini kita harapkan?

Dalam hal ini penulis tertarik dengan cadangan bekas Pengarah Institut Teknologi Mara (ITM) atau sekarang dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Arshad Ayub yang baru-baru ini berpandangan bahawa semangat cintakan negara perlu disuntik bermula di institusi pendidikan awal kanak-kanak bagi melahirkan rakyat yang patriotik. Menurut beliau, cadangan ini adalah berdasarkan pengamatan beliau yang menunjukkan ketika ini nilai patriotisme semakin pupus dalam kalangan generasi muda menyebabkan hal ini perlu diberi perhatian serius.

Tambah beliau, cara terbaik untuk membina negara bangsa perlu bermula di peringkat tadika umpama melentur buluh biar daripada rebungnya, kemudian di sekolah rendah, menengah dan selanjutnya di universiti. Walaupun mungkin ada pihak yang kurang setuju dengan cadangan ini namun kita perlu berpijak di bumi nyata. Hakikatnya kita perlu terima kenyataan bahawa kebanyakan belia pada hari ini sedang berhadapan dengan krisis kecelaruan identiti yang turut menjejaskan tahap kesetiaan dan patriotisme mereka terhadap negara sendiri.

Justeru langkah drastik perlu diambil termasuk mempertimbangkan cadangan ini secara serius supaya generasi muda hari ini benar-benar memahami sejarah pembentukan dan kemerdekaan negara sejak zaman awal persekolahan lagi.

Perpecahan dalam kalangan masyarakat mutakhir ini walaupun banyak berpunca daripada faktor politik namun kegagalan kita untuk memahami dan menghayati sejarah negara terutamanya membabitkan aspek kontrak sosial jelas memberi impak yang negatif dan merisaukan.

Baik orang Melayu, Cina, India mahupun kaum minoriti yang lain perlu sedar bahawa sikap sayang dan cintakan negara perlu wujud dan sebati dalam diri kita sepanjang masa. Tidak boleh ada tolak ansur dalam hal ini.

Kita boleh bertelagah, berselisih faham mahupun berbeza pandangan dan ideologi politik namun dalam soal semangat patriotisme dan sayangkan negara kita perlu berdiri sebagai satu bangsa yang bersatu padu dan kuat.

Sedarlah bahawa perpaduan dan semangat cintakan negara yang tebal menjadi penyumbang utama kemerdekaan dan kejayaan kita selama ini. Justeru kita berharap generasi muda tidak meragut dan menghancurkannya dalam sekelip mata. Sedarlah juga, merdeka sekali tidak bermakna kita akan kekal merdeka selama-lamanya.

Semoga kewujudan indeks patriotisme ini mampu menunjukkan kita wajah sebenar cinta dan setia setiap warga negara ini. Untuk itu kita menyokong penuh agar pihak BTN melaksanakan kajian ini dalam skala yang lebih besar supaya dapat melibatkan segenap lapisan masyarakat agar kita dapat memperoleh skor indeks patriotisme yang lebih menyeluruh.

PENULIS ialah Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM)

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140820/re_01/Indeks-Patriotisme-uji-tahap-kesetiaan#ixzz51gugV3GU 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Self Declaration – Indeks Partiotisme dan Perpaduan

Pelajar Tahun 1 diminta melayari laman web berikut untuk melaksanakan proses self-declaration indeks patriotisme dan perpaduan.

Laman web : 202.190.75.94:81/ippn/login.php

 

Tarikh tutup : 19 Disember 2017

Patriotism and Unity

Department of Higher Education has launch the system for Patriotism and Unity among higher institutions students on 5 December 2017. The students need to fill the questionnaire during semester 1, semester 4 and semester 7 . 

Cambodia Community Sustainability Program 2017

Date : 29 August to 2 September 2012

Area cover : Kg Khleang Sbek, Kg Chnang, Kg. Chamm of Cambodia

Total amount of collection, contribution or sponsorship : >RM200,000.00

Activist : 10 staffs, 4 alumnis and 10 students of UTM

Activities : Tube Well, clothes and book contribution, qurban program, Circumcision program, community service, etc.

PROGRAM GRAND YOUNG ALUMNI DINNER DAN SAMBUTAN AIDILFITRI

UTMAlumni mempelawa kepada semua warga alumni UTM utk hadir bersama ke majlis tersebut yang akan diadakan seperti beriktu:
i. Tarikh : 30 Julai 2016 (Sabtu)
ii. Lokasi : Dewan Tan Dri Ainuddin Wahid, UTM Kuala Lumpur)
iii. Masa : 7.30 – selesai
Sila hubungi saya di 075536001 / 019-7277288 untuk tempahan dan keterangan lanjut. Dr. Azlan Abdul Latib

TVET International Conference 2016 – KSL Resort and Hotel 17-19 Nov 2016

tvetic

My quick status post

Finalizing the e-lppt…..emmm

Bagaimanakah kaedah untuk memperkasakan penglibatan mahasiswa dalam aktiviti kelab dan persatuan di IPT?

Wajibkan penglibatan mereka dalam kelab dan persatuan?

Melaksanakan sistem CGPA integrasi / iCGPA?

Mengiktiraf sistem transkrip ko-kurikulum pelajar……..

 

Meningkatkan jati diri dan patriotisme mahasiswa

Apakah pendekatan dan tindakan yang perlu dilakukan?

Dana Tabung Endowment Alumni UTM

Objektif:

Tabung ini bertujuan untuk:

  • Memberi biasiswa dan bantuan kewangan kepada pelajar terutama daripada golongan keluarga ‘Bottom 40’
  • Membantu universiti meneruskan usaha bagi menyuburkan dan memperkukuhkan budaya ilmu di kalangan warga universiti, komuniti setempat dan negara amnya.
  • Membugarkan iklim ilmu demi generasi akan datang

Sasaran kutipan dana:

  • RM30 juta sehingga 16 september 2016

Keterangan lanjut:

  • Unit Perhubungan Alumni, Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni, UTM Johor Bahru
  • Tel : 07-5536085/6002/6001/6009