Kerajaan Negeri Johor melalui Pusat Pembangunan Usahawan Negeri Johor (EDC Of Johor) akan melaksanakan Insentif Bantuan PKS Johor 2018.Insentif ini bertujuan membantu usahawan di Johor mengembangkan perniagaan menerusi bantuan yang diperlukan dan yang berkaitan.
Syarat-syarat kelayakan ;
1.Penduduk Tetap Negeri Johor berumur 18-60 Tahun
2.Permohonan terbuka kepada semua perniagaan
Jenis Bantuan:
1.Bantuan peralatan perniagaan (Penjaja Kecil/Peniaga Pasar Lambak atau Berkaitan)
2.Bantuan mesin atau baikpulih premis perniagaan
3.Bantuan Pelabelan Produk (Keutamaan Selain Produk Makanan)
4.Bantuan Promosi Produk Ke Luar Negara (Untuk Syarikat Enterprise)
Borang permohonan boleh diambil di :
1. Pejabat Daerah seluruh Johor
2.Kaunter Pusat Pembangunan Usahawan Negeri Johor (EDC Of Johor)
Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian :
07-2445644 ATAU emel insentifpksjohor@gmail.com
*Tarikh Tutup : 21 Februari 2018