Perjumpaan dan Penubuhan UTMAlumni sektor Sabah

Pada 3 Februari 2018, pejabat UTMAlumni telah mengaturkan sesi perjumpaan dan mesyuarat dalam kalangan alumni UTM di Sabah. Majlis ini dihadiri oleh 60 orang alumni UTM yang kini menjawat pelbagai jawatan sama ada dalam sektor kerajaan dan swasta. Antara prominent alumni UTM yang hadir ialah Dato Osman Jamal yang kini adalah Pengarah UPEN Sabah, Datuk Ir. Mustaha Kassim dan Tuan Hj. Ar. Shariman Abdullah. Majlis telah diadakan di Hotel Promenade mulai jam 1.30 pm hingga 5.00pm. Dalam pertemuan ini, mesyuarat ringkas diadakan bagi memilih jawatankuasa UTMAlumni sektor Sabah serta sesi diskusi antara alumni dan pejabat UTMAlumni. Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM, Prof. Dr. Azlan Ab. Rahman telah hadir untuk meraikan para alumni dan merasmikan penubuhan UTMAlumni sektor Sabah.

IMG20180203152153IMG20180203165741IMG20180203165758IMG20180203171020IMG20180203171032