Nor Azman Ismail, Mohd. Sabri bin Burhanuddin, Mohamad Syazwan bin Mohamad Suhaimi, Muhamad Musadiq bin Muhamad Aizudin, Fatihah binti Othman.

FAKULTI PERKOMPUTERAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

 

Abstrak

Portal kerjaya adalah merupakan laman sesawang yang mengkhususkan pencarian kerja di atas talian, yang mana pengguna perlu membuat akaun pada job portal tersebut. Syarikat yang memerlukan pekerja juga boleh mengiklankan kerja tersebut di job portal dengan membuat akaun sebagai syarikat. Kerja.My ini adalah merupakan projek kumpulan kami “Taff” yang sama seperti job portal yang meyediakan pencarian kerja dan pengiklanan kerja secara atas talian. Dengan menggunakan Kerja.My, ianya dapat mempercepatkan pencarian kerja berbanding sebelum era 4th revolusi perindustrian, yang mana hanya dengan menggunakan telefon pintar dan internet pengguna bebas memohon kerja pada bila-bila masa mengikut pekerjaan yang di tawarkan di dalam Kerja.My.


Pendahuluan

Teknologi moden hari ini menjanjikan satu kemudahan bagi semua orang. Segala urusan manusia hari ini menggunakan teknologi manusia itu sendiri. Dengan peningkatan teknologi manusia itu sendiri mereka berusaha untuk memudahkan kehidupan mereka untuk masa hadapan. Mereka berusaha dalam meningkatkan taraf ekonomi bagi kemudahan dan penjimatan  masa. Untuk terus hidup, manusia memerlukan pendapatan atau pekerjaan untuk menyara hidup. Portal kerjaya adalah salah satu cara mudah pada zaman ini di mana semua orang boleh memohon pekerjaan dan mendapatkan pekerja melalui atas talian.

Kebanyakan urusan dunia hari ini melibatkan penggunaan atas talian. Sebagai contoh, pengguna boleh memhon pekerjaan melalui sistem menggunakan atas talian. Segala dokumen yang diperlukan boleh dilampirkan bersama permohonan.

Kerja.my adalah sistem permohonon yang melibatkan pengguna dan data. Segala maklumat boleh dicapai melalui pengaksesan pengguna yang berdaftar. Pengguna boleh mendaftar sebagai pekerja yang ingin mencari pekerjaan. Mereka perlu mengisi atau melampirkan maklumat diri dan kerjaya(resume) melalui atas talian. Segala maklumat akan dipaparkan kepada majikan atau syarikat yang ingin mencari pekerja. Terdapat pemilihan pengkhususan kursus seperti professional, “part- time” dan “full-time”. Segala bidang kuasa berkaitan kerja boleh dipohon mengguna portal Kerja.my. Syarikat juga boleh mengakses system ini. Syarikat yang mahu mengakses sistem ini adalah syarikat yang telah didaftarkan. Pihak syarikat juga boleh mengiklankan iklan syarikat untuk mencari pekerja. Syarikat boleh menetapkan sama ada mahu mancari pekerja tetap atau sambilan.  Sistem ini memberi interaksi antara mereka yang mencari kerja dan majikan yang mencari pekerja.

Reka Bentuk


Antara Muka Admin


Senarai Pekerjaan

Video Promo