Oleh: Professor Madya Dr. Nor Azman Ismail, Ustaz Dr. Kamarul Azmi Jasmi, Nor Azrini Jaafar dan Yusman Azimi Yusoff, Universiti Teknologi Malaysia

Ibadah solat merupakan kewajipan utama dalam kehidupan seorang muslim. Solat juga merupakan tiang agama. Rasulullah S.A.W. bersabda “Ajarkan anak-anakmu solat di umur 7 tahun, dan hukum mereka (jika enggan melakukan solat) di umur 10 tahun.” Apabila solat yang dilakukan tidak sempurna, maka akan hilanglah makna dan kelebihan ibadah solat. Walaupun perkembangan teknologi pesat membangun namun sehingga kini tidak banyak kajian berkaitan pergerakan solat telah dilakukan. Malah semasa artikel ini ditulis masih belum ada kajian ilmiah di dunia yang secara khusus menganalisa pergerakan solat secara masa nyata. Inovasi ini berjaya menghasilkan perisian komputer yang berkemampuan menyemakan corak pergerakan solat seseorang. Penyelidikan selama tiga tahun ini telah dibiayai sepenuhnya menerusi penajaan MyBrain15 dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (MOHE) yang berjumlah lebih kurang RM 80,000.

image

Rajah menunjukan kedudukan multi sensors di rumah

SolatLab Harian Metro https://www.hmetro.com.my/node/180830