Tarikh : 20 Januari 2016

 

image

Rajah: Yusman Azimi Yusoff with SolatLab

 

Kenapa SolatLab diwujudkan?

Walaupun kebanyakan Muslim menunaikan solat setiap hari, namun sesetengah mereka masih tidak dapat mengerjakannya dengan baik untuk mendapatkan pergerakan yang sempurna. Seseorang muslim itu sering membuat pelbagai kesilapan di dalam solatnya dan terus menerus berbuat demikian bertahun-tahun sebelum menyedari akan kesilapannya. Teknologi semasa visi komputer (computer vision) boleh membantu dalam meningkatkan kualiti pergerakan dalam solat.

Apa yang SolatLab tawarkan?

Dengan menggunakan dua kamera kedalaman, pergerakan solat boleh direkod dan dilatih untuk pengecaman setiap pergerakan. Proses ini menggunakan konsep machine learning bagi membolehkan komputer mempelajari corak atau pola pergerakan manusia lalu menghasilkan model pengecaman aktiviti solat. Ini membolehkan pengguna menguji dan memeriksa pergerakan solat mereka. Solat lab ini direkabentuk bercirikan mudah alih yang memudahkan pemasangannya di pelbagai tempat pembelajaran tidak kira di rumah atau di sekolah. Oleh itu, solat lab membolehkan seseorang itu belajar secara sendirian untuk mengetahui kesempurnaan pergerakan solat mereka sebelum bertemu dan diperiksa oleh guru atau ustaz yang lebih pakar.

Matlamat SolatLab?

Matlamat utama projek Solat lab ini adalah untuk membantu meningkatkan kualiti pergerakan solat mengikut tertib yang dikehendaki. Solat lab membolehkan seseorang Muslim menguji pergerakan solatnya dan memastikan pergerakan itu tepat dan sempurna untuk mengelakkan ibadah yang dilakukan ini tidak sia-sia.