10 Tips Kewangan Tahun 2019

2019 are coming soon

Mungkin ramai yang tak sabar nak tunggu tahun 2019 kan, tapi ramai juga masih risau dan tak tenteram nak hadap 2019, Nak tau risau tentang apa? Ofcourse lah tentang ekonomi negara kita yang tak menentu. Kewangan adalah salah satu aspek yang penting untuk dititikberatkan. Jadi, marilah kita mula berjaga-jaga dengan mengamalkan 10 tips kewangan yang mungkin membantu ekonomi diri sendiri dan boleh dijadikan sebagai ‘back-up’ sekiranya apa-apa yang berlaku di luar jangkaan kita sudah ada  ‘holding power‘ yang kuat.  Jom bertindak!

 

  1. Buat bajet bulanan mengguna sistem sampul – asingkan setiap penggunaan duit menggunakan sampul sejurus selepas menerima gaji.
  2. Jangan beli / tambah kereta baru.
  3. Cipta hutang baik berbanding hutang jahat – contoh ASB.
  4. Pakai bil telefon bawah RM50 – ambil plan yang paling murah tapi berbaloi.
  5. Pembayaran melalui tunai – sekiranya tiada cash, elakkan berbelanja.
  6. Wujudkan tabung – tabung warna/tabung syiling/tabung minggu
  7. Kurangkan belanja yang tak penting – online shopping
  8. Tingkatkan pendapatan bulanan – buat kerja part-time, bisnes kecil-kecilan, dropship
  9. Kurangkan makan luar – makan di kedai hipster, restoren mahal, etc (eat less)
  10. Rekod perbelanjaan– perbelanjaan harian dan perbelanjaan tetap bulanan.

Banyak yang perlu dikorbankan dan tahan nafsu untuk membeli. Tapi yakin dan percayalah, siapa buat ke 10 ini InshaAllah kita boleh kumpul duit lebih banyak dari orang lain yang langsung tak menyimpan.

Ini contoh tips No.1, saya tak guna sampul, saya guna accordian file size A6. Duit saya  asingkan mengikut kategori.

Pocket-Money

Tip No.6, saya buat tabung mingguan dan ada tabung rumah. Saya namakan ‘The Ahad Challenge’ dimana setiap hari ahad saya akan masukkan duit dalam tabung dan rekod setiap kemasukkan. Gambar tabungnya tak snap. Saya pakai bekas biasa je.

The Ahad Challenge

 

Selain tu juga saya rekod segala perbelanjaan saya, tips No.10, setiap hari (dalam excel) atau boleh guna app, download apa-apa free apps di playstore atau apple Store untuk track perbelanjaan kita, dan perbelanjaan tetap bulanan saya akan tick sekiranya pembayaran telah dibuat.

Monthly Log

Antara contoh yang tips yang dapat tunjukkan, dengan harapan tahun 2019 saya dapat kumpul duit yang banyak. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan ramai yang mempraktikkannya. Moge hati kta terus istiqomah untuk menyimpan.

Jom semua! ?

Speak Your Mind

*