HIKING CREW

PERANAN & HIKING CREW

  1. GUIDE
    Semua orang tahu kan apa tu Guide? Individu yang menunjuk arah trek yang sepatutnya dilalui oleh pendaki. Guide juga berperanan memberikan taklimat tentang trek yang akan dilalui serta bahaya atau ancaman yang kebarangkalian pendaki akan hadap sewaktu pendakian nanti.
    Seorang pemimpin yang memastikan keselamatan line up sepanjang trek.
    Mempunyai kuasa untuk membuat sebarang keputusan semasa pendakian bagi memastikan keselamatan pendaki.
  2. GOGO
    Siapa GOGO ni? GOGO ni adalah organiser TRIP HIKING. Individu yang mengetuai keseluruhan TRIP bermula dari sebelum trip sehingga habis trip dan pendaki selamat mendarat di tempat masing.
    • Sediakan Permit
    • Kewangan trip
    • Kenderaan trip
    • Menu masakan
    • Cari lineup
    • Selesaikan masalah lineup
    • Tanggung segala risiko
    • Pastikan TRIP berjalan lancar
    • Tulang belakang GUIDE
  3. SWEEPER
    • Individu yang paling kuat mental. Sabar melayan peserta yang pelbagai ragam.
    • Memastikan tiada lineup yang berada di belakang sweeper.
    • Sentiasa memberi sokongan kpd lineup yang dah pewai/injured agar lineup sampai ke destinasi yang dituju dengan keadaan yang selamat.
    • Mendukung lineup sekiranya ada lineup yang injured dan tidak mampu meneruskan pendakian sampai ke tempat selamat.
    • Individu yang sentiasa ditinggalkan oleh krew dan ada masa terpaksa bermalam jauh dari kumpulan sekiranya kesuntukan masa.
    • Selalu maintain hensem dan macho.
    • Pandai mengawal situasi yang sulit
  4. TANKER
    Tanker merupakan individu yang gagah. Membawa load yang berat. Kerja TANKER bawa barang company sahaja dan bukannya orang.
  5. SHOOTER
    Siapa SHOOTER ni? Dia tembak ke? SHOOTER ni bukan tembak manusia atau haiwan tau. SHOOTER merupakan individu yang paling padu. Jalan tak reti nak stop. Jalan je kerja dia.
    Merupakan orang yang shoot untuk bawa samada fly dan ground sheet supaya sampai ke tapak perkhemahan dengan lebih cepat. Shooter ialah individu yg akan book tapak campsite (port paling cantik), bkak ground, pasang fly, setup campfire.
  6. PORTER
    Peranan dia ni lebih kurang macam tanker. Tapi diupah oleh line up utk bawa load mereka. Memang ada line up yg mampu utk membayar khidmat porter dan mmg ada line up nk jadi pelancong gunung tanpa bersusah payah membawa load. Ada juga porter yg hebat2 yang boleh menjadi chef atau memberikan lain2 khidmat seperti setup khemah utk line up (yg mengupah), mengurut dll.
  7. CHEF
    • Merupakan individu yang bertanggungjawab memastikan menu dimasak tepat pada waktunya untuk kesemua line up dan krew..
    • Chef perlu sediakan makanan semasa line up berehat. Waktu line up tidur, chef sibuk setting ration tuk next day. Waktu line up bangun, belum tentu chef tidur lagi.
    • Merupakan tugas yg sgt mulia dan x kenal erti lelah. Kredit kpd makcik pakcik kantin kita.
  8. MIDLEMAN
    • Merupakan krew yang duduk dibahagian tengah. Krew yg penting semasa ontrek sebab nak jadi penghubung jarak (masa dan perjalanan) di antara kumpulan line up yg terpisah.
    • Middler juga merupakan krew yang memegang first aid kit dan berada di dalam “standby mode” untuk waktu kecemasan dan dibantu oleh Medic On Trek.
    • Middler juga penting dlm sistem komunikasi. Antara sebabnya kadang kala signal walkie paling depan dan paling blkg x bole terhubung disebabkan terrain (bntuk muka bumi) dan jarak yg jauh. Middler akan menjadi penghubung signal memandangkan kedudukan di tgh2 trek.
      

Speak Your Mind

*