Select Page

Assalamualaikum wrmth wbrkth,

Pelajar Islam Cemerlang (PIC) -FKA akan mengadakan aktiviti CSR di Asrama Kebajikan Ar-Rayyan, Taman Suterapada 5 Oktober 2013.

Untuk pengetahuan, penghuni Asrama Kebajikan ini terdiri daripada anak-anak yatim/fakir/hafiz yang berumur 9 tahun hingga 17 tahun (masih bersekolah).

Seramai 60 orang pelajar PIC-FKA akan menjayakan program ini di mana mereka telah merancang melaksanakan projek seperti membersih/mengemas/menyediakan keperluan pembelajaran/mewujudkan mini-perpustakaan serta menceriakan sudut-sudut ilmu pada hari tersebut.

Dengan itu, sekiranya ada yang berminat untuk turut serta menyumbang (wang tunai/buku-buku/pakaian/kipas/makanan atau apa sahaja keperluan bagi anak-anak Ar- Rayyan ini), bolehlah menyerahkan sumbangan tersebut kepada staf-staf berikut sebelum 5 Oktober 2013 ;

1. Azura Abu Bakar (Pej Akademik)
2. Libriati Zardasti
3. Aznah Nor Anuar
4. NorShazwin Abu Talib
5. Hafiz Puteh
6. Norliana Abdullah
7. Mariyana Aida Abd Kadir
7.Sarifuddin Saad

Prihatin anda serta kerjasama yang diberikan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, Terima kasih.

Aznah Nor Anuar
Jawatankuasa Pelajar Islam Cemerlang – Fakulti Kejuruteraan Awam