Select Page

27 Julai 2023

Perlu hadir meeting atas talian ke USA, Ada beberapa waktu yang boleh di pilih.. Memandangkan waktu 3.00 pagi Malaysia paling sesuai kerana ketika itu cuti bekerja, temankan ibu ada rawatan hospital di kampung.

27 Julai 2023, sesi temubual dalam 30 minit diakhiri dengan pengumuman penganugerahan kepada pelajar oleh Mr Manny Silva, Pengerusi SFPE Foundation’s Awards

10 Mac 2023, proposal dihantar.

Alhamdulillah,

Pelajar dianugerahkan dengan Anugerah Frederick W. Mowrer Global Scholar. Beliau menerima $1,000 USD dan peluang untuk menyampaikan hasil kajian beliau di Persidangan Tahunan SFPE yang akan diadakan pada 9-10 Oktober 2023, di Bethesda, MD/Washington, D.C.

Thank you SFPE Foundation for the support and the awards!

Congratulation Aluko Oluwatobi Gbenga, your hardwork , paid off!

Penyelia,

Dijemput dalam sesi untuk meraikan. Tapi rasa terkesan dengan organizer dengan kata-kata “We specially invite the supervisor to celebrate the student’s award your contribution is highly appreciated”.

Penyelia,

Tiada apa yang dapat melainkan rasa gembira melihat pelajar berjaya.

Penyelia,

Mencuba untuk menyumbang kepada penglibatan kepakaran di peringkat antarabangsa yang mungkin asbab kepada peluang pelajar ini. Ini cabaran, kerana biasanya mereka yang akan pilih asbab penglibatan sebelum ini atau recomended dari kawan-kawan yang berada dalam organisasi tersebut, dan kita kenal sewaktu pengajian dulu dan masih berhubung.

Penyelia,

Memanjangkan penawaran dan membantu dalam proses penyediaan dokumen pelajar.

Jalan dan peluang yang mampu diberikan oleh penyelia, di cantikkan dan direalisasikan oleh pelajar yang rajin dan berusaha.

Panjang catatan kali ini untuk motivasi dikala mencari. Sedikit sahaja pengalaman dan masih belajar bersama untuk menyumbang apa adanya.