Alhamdulillah tahun ini diberikan kesempatan untuk hadir di majlis tahunan jabatan untuk meraikan pekerja mereka. Tema tahun ini adalah ‘colour block‘. Gigih memikirkan baju yang sesuai. Pakai lah baju yang hampir 10 tahun yang lepas berwarna oren dan padankan dengan warna hijau. Baju memberikan kerjasama yang baik- padan lagi ukurannya. Senyum lebar lah kita kan..
Alhamdulillah juga nama tersenarai sebagai menerima anugerah Sang Sahmura 2023. Terima kasih kerana melihat usaha yang mampu dilaksanakan mengikut kemampuan dan amanah yang diberikan.
Ini merupakan anugerah yang terakhir dan kehadiran yang terakhir sebagai pekerja di jabatan ini. Alhamdulillah semoga terus cemerlang TNCP.
Tahun terakhir yang indah.
JAZZAKALLAH KHAIRAN
KASHIRA