Dihubungi berkenaan peluang menghantar proposal penyelidikan untuk mendapat dana dari SFPE Foundation.
13 September 2023
Massachusetts 9 pagi
Malaysia/HK 9 malam
Pelajar yang berminat hadir mendengar taklimat dari Ms Amanda, Research Manager SFPE Foundation.
Tarikh hantar 2 Oktober 2023. Proposal ringkas sahaja, 5 muka surat. Namun,kena padu sampai maksudnya.
Ada pelajar yang sempat hantar. Kena cuba , ada rezeki alhamdulillah, jika tiada anggap itu peluang pengalaman berharga.
All The Best.
Bidang Kajian
Begitulah, bidang kaji mengkaji perlukan usaha yang berterusan dan sumber dana tidak dinafikan. Dana perlu dimohon dan ia amat kompetatif dan perlu menulis proposal dengan baik. Proposal ditolak itu asam garam dalam bidang penyelidikan.
Bidang ‘campuran’ boleh dikatakan banyak di negara kita. Nanum bidang sub kepakaran masih lagi boleh dibangunkan dan peluang juga nampak semakin banyak di Malaysia.
Ini seperti juga bidang kejuruteraan gempabumi di Malaysia lebih kurang 20 tahun lalu, bidang yang dianggap agak asing di Malaysia. Namun penyelidik di UTM mengambil inisiatif menceburi bidang ini dan menjadi hub pakar negara. Kini banyak juga kepakaran dalam bidang ni di negara kita.
ILMU TIDAK PERNAH MERUGIKAN 🙂