Majlis Perasmian Knights of Nature Sustainability Camp 2016

Program Knights Of Nature (KON) Sustainability Camp 2016 adalah program komuniti yang dianjurkan bersama Malaysia Marine & Heavy Engineering Holdings Berhad (MHB) dan EcoKnights dengan kerjasama UTM Campus Sustainability. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di UTM dan kawasan komuniti Sg. Sebulung. Program ini memberi fokus kepada memberi pendidikan dan kesedaran tentang alam sekitar dan persekitaran marin, industri maritim, cabaran dalam mengimbangi perkembangan dan melindungi alam sekitar serta memperkukuhkan jalinan bersama komuniti setempat.