Benda terlalu berat akan tenggelam, terlalu ringan akan timbul, untuk capai kestabilan boleh tenggelam dan timbul, manusia perlu bina saiz sebesar kapal selam, tapi sistem ini, Allah tunjukkan kebesarannya hanya dalam teknologi seekor ikan bilis 

Swim bladder adalah organ yang unik dalam badan ikan. Ia akan mengembang dan akan diisi oksigen untuk membolehkan ikan terapung ke permukaan air tanpa memerlukan tenaga yang banyak, dan akan kembali menguncup dan membuang gas untuk tenggelam semula

Things that are too heavy will sink, things that are too light will float, to achieve stability it can sink and float, humans need to build a system the size of a submarine, but this system, Allah showed its greatness only in the technology of an anchovy.

Swim bladder is special organ, filled with oxygen to regulate buoyancy and control their position in the water column without requiring a lot of energy

Swim bladder which increases the fish’s bouyancy and causes it to float upward

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Robin Williams, dalam setiap filemnya, dia akan meminta syarikat penerbitan mengambil sekurang-kurangnya 10 gelandangan untuk diambil bekerja, sepanjang karier, dia telah berjaya membantu sekitar 1,520 gelandangan.

Dia meninggal pada pada 11 Ogos 2014 di usia 63 kerana penyakit Lewy Body Dementia (LBD)

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Keanu Reeves tidak ada kereta mawah atau rumah mewah, dia hanya menggunakan pengangkutan awam, pendapatan dari filem yang dihasilkan, banyak didermakan kepada kerja amal dan kesihatan

Keanu Reeves doesn’t own a expensive car or a mansion, he always ride the public transport, the income from the films produced, a lot is donated to charity work and health

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Jon Bon Jovi menubuhkan JBJ Soul Foundation untuk membantu gelandangan, orang miskin dan yang kelaparan. Menjadi kebiasaan dia mencuci sendiri pingan dan cawan yang telah digunakan oleh penerima bantuan.

Jon Bon Jovi established the JBJ Soul Foundation to help the homeless, the poor and the hungry. He will himself wash the plates and cups that they have used.

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Taru Menyan adalah pokok yang boleh menutralkan bau busuk jenazah, kerana ada kawasan di Bali, jenazah tidak ditanam tapi diletakkan saja di atas tanah di kawasan perkuburan khas dengan ditanam pokok Taru Menyan

Taru Menyan is a tree that can neutralize the stench of corpses, because in some areas in Bali, corpses are not buried but placed on the ground in special burial areas.

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Seorang lelaki bermimpi saudaranya yang telah meninggal dunia. Yang hidup bertanya si mati, apakah amalan paling afdal selepas mati, si mati menjawab membaca al-Quran. Yang hidup bertanya lagi, ayat yang mana, si mati menjawab Ayat Kursi. “Sesungguhnya kamu semua mengamalkan tetapi tidak mengetahuinya, sedangkan kami mengetahuinya tetapi tidak dapat mengerjakannya lagi” – Asy Syekh Muhammad Ibnu Sirin, Tafsir Mimpi Ibn Sirin



Source : Asy Syekh Muhammad Ibnu Sirin, Tafsir Mimpi Ibn Sirin

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

‘Hadiah Ini Sangat Bermakna’ Maksud Hadith daripada Abu Hurairah RA : “Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat bagi seseorang hamba yang soleh di syurga. Maka dia berkata: Wahai Tuhan, dari mana yang aku dapat ini? Allah berfirman: dengan istighfar anak kamu kepadamu”. [Riwayat Ahmad (10610)][Syeikh Syuaib al-Arnaouth menghukum sanad hadith ini sebagai hasan disebabkan Asim bin Abi al-Najud. Selain daripadanya adalah perawi yang thiqah dan sahih]

Sehebat-hebat anugerah bagi yang pernah melalui satu kehidupan ialah pengampunan. Kita tidak merasa betapa nikmatnya anugerah pengampunan, bukan sebab kita tak ada dosa, tapi sebab dosa kita Allah tundakan hukuman, kalau Allah tak tangguh, kita akan jadi pesalah seperti pesalah yang dalam penjara, ada yang kena tunggu 20 tahun, ada yang tunggu hari nak kena sebat, ada tunggu tarikh akan digantung, tunggu hari dipancung, bayangkan kalau mereka dapat pengampunan, apa lagi yang lebih bermakna pada kehidupan mereka, begitulah juga kita, Allahu tundakan hukuman atas dosa kita, di akhirat kalau tak dapat pengampunan, lebih derita siksaannya

Hadith mengajar kita betapa besarnya erti pengampunan, lebih-lebih lagi kepada si mati yang telah terputus peluang beramal ibadat, juga kita yang masih hidup. Sedangkan Sayidina Umar Al-Khattab RA, (top 3 sahabat) itu pun Rasulullah SAW sarankan jika bertemu dengan Uwais bin Amir (Uwais Al-Qarani) (seorang yang mustajab doa) agar meminta didoakan keampunan¹, apa lagi kita yang sudah tentu tidak sehebat sahabat.

Kadang-kadang kita terkenang seseorang yang pernah berbuat baik kepada kita, pernah berjasa kepada ibu bapa atau kepada anak-anak kita, tidak menjadi kesalahan jika kita ingin membalas kebaikan mereka dengan mendoakan agar mereka mendapat keampunan. Semoga Allah mengangkat darjat yang didoakan dan yang mendoakan. Biizni-llah Amiiin Ya Robbal Alamiin

¹Riwayat Muslim (2542). Riwayat tersebut adalah daripada Usair bin Jabir, katanya: ‘Umar bin al-Khattab ketika didatangi oleh serombongan pasukan dari Yaman, beliau bertanya, “Apakah dalam kalangan kamu ada yang bernama Uwais bin ‘Amir?” Sehinggalah ‘Umar menemui ‘Uwais lalu bertanya, “Benarkah engkau adalah Uwais bin ‘Amir?” Uwais menjawab, “Ya, benar.” Umar bertanya lagi, “Benar engkau dari Murad, dari Qaran?” Uwais menjawab, “Ya.”

Umar bertanya lagi, “Benarkah engkau dahulu menghidap penyakit kulit, kemudian sembuh kecuali sebesar satu dirham.” Uwais menjawab, “Ya.” Umar bertanya lagi, “Benarkah engkau memiliki seorang ibu?” Uwais menjawab, “Ya.” Umar berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

يَأْتِى عَلَيْكُمْ أُوَيْسُ بْنُ عَامِرٍ مَعَ أَمْدَادِ أَهْلِ الْيَمَنِ مِنْ مُرَادٍ ثُمَّ مِنْ قَرَنٍ كَانَ بِهِ بَرَصٌ فَبَرَأَ مِنْهُ إِلاَّ مَوْضِعَ دِرْهَمٍ لَهُ وَالِدَةٌ هُوَ بِهَا بَرٌّ لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللَّهِ لأَبَرَّهُ فَإِنِ اسْتَطَعْتَ أَنْ يَسْتَغْفِرَ لَكَ فَافْعَلْ

Maksudnya: “Nanti akan datang kepada kamu seseorang bernama Uwais bin ‘Amir bersama serombongan pasukan dari Yaman. Dia berasal dari Murad, dari Qaran. Dia menghidap penyakit kulit, kemudian dia sembuh daripadanya kecuali sebesar satu dirham. Dia memiliki seorang ibu dan sangat berbakti kepadanya. Sekiranya dia bersumpah kepada Allah, maka akan diperkenankan yang dia pinta. Jika kamu mampu agar dia memohon pada Allah keampunan bagimu, maka lakukanlah.”

Source : https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/856-irsyad-al-hadith-siri-ke-190-istighfar-anak-kepada-ibubapanya

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.