Tag Archives: Kursi

Planet paling jauh adalah 12.9 billion tahun perjalanan cahaya (NASA March 2022)

Maha Kuasa Allah

Ukuran hanya boleh dibuat dengan kelajuan cahaya, terlalu jauh untuk menggunakan unit kilometer

kelajuan cahaya adalah 300,000km sesaat

1.08 billion km / jam
Daripada Ibn Ma‘sud R.A,
Maksudnya: “Antara langit dunia dengan langit berikutnya berjarak lima ratus tahun. Dan jarak antara setiap langit sejauh lima ratus tahun (perjalanan). Antara langit ketujuh dengan Kursiy berjarak lima ratus tahun. Manakala jarak antara Kursiy dengan air sejauh lima ratus tahun. Arasy berada di atas air, sedangkan Allah berada di atas Arasy. Tidak ada yang tersembunyi bagi-Nya amalan-amalan kamu semua.”

Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya (105) dan Kitab al-Tauhid (594) dan al-Baihaqi dalam al-Asma’ wa al-Sifat (852). Riwayat ini disahihkan oleh al-Zahabi dalam kitab al-‘Uluw (hlm. 64) dan Ibn al-Qayyim dalam Ijtima’ al-Juyusy al-Islamiyyah (hlm. 100). Lihat juga Fath al-Bari (13/413), Irsyad al-Sari (10/394) dan ‘Umdah al-Qari (25/116).

Syeikh Ibn al-‘Uthaimin berkata: “Hadith ini mauquf, hanya sampai kepada Ibn Mas‘ud. Akan tetapi, ini termasuk perkara yang tidak mungkin disimpulkan oleh akal. Maka riwayat ini dihukumkan sebagai marfu’ (sampai dan bersumberkan daripada Rasulullah SAW), kerana Ibn Mas’ud tidak dikenali suka mengambil riwayat Israiliyyat.” (Lihat al-Qaul al-Mufid Syarah Kitab al-Tauhid, 3/379).

Berdasarkan riwayat di atas juga, dapat disimpulkan beberapa pelajaran, iaitu:

Kursiy lebih besar dibandingkan langit
Arasy lebih besar daripada Kursiy
Arasy bukan Kursiy dan Air. (Lihat Syarh Kitab al-Tauhid, hlm. 668).

Abu Zar R.A berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Tidaklah Kursiy dibandingkan Arasy kecuali bagaikan cincin yang dilempar di atas padang yang luas di muka bumi.”

Riwayat al-Baihaqi dalam al-Asma’ wa al-Sifat (510), Abu al-Syeikh dalam al-‘Azamah (2/587) dan Ibn Jarir al-Tabari dalam Jami‘ al-Bayan (4/539).
sources :
https://science.nasa.gov/missions/hubble/record-broken-hubble-spots-farthest-star-ever-seen/

https://zulkiflialbakri.com/artikel/perbezaan-arasy-tuhan-dan-kursiy-nya/

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.