Pendinding Malapetaka / Kemalangan (dengan izin Allah)
seal pintu makam firaun
Dasar laut paling dalam ialah 10,984 meter (36,037 kaki), iaitu 2,135 m (7,000 kaki) lebih tinggi dari Gunung Everest 8,849m (29,031 kaki)
Orang perempuan selalu rasa rugi tidak boleh berpuasa kerana uzur tapi sebenarnya meninggalkan ibadat kerana uzur itu sudah mendapat pahala, iaitu pahala kerana mentaati perintah Allah agar tidak beribadat di waktu uzur. Perasaan rugi itu dapat pahala lagi iaitu pahala kesungguhan hendak beramal. Tidak beribadat tetapi pahala sama orang beribadat
Sel manusia hanya membentuk kira-kira 43% daripada jumlah keseluruhan sel dalam badan. Baki selebihnya terdiri daripada ‘penjajah/penumpang’ mikroskopik — termasuk bakteria, virus, kulat, dan archaea.
Sel tubuh manusia diganti setiap 7 tahun. Jadi tubuh kita 7 tahun lepas, bukan lagi tubuh yang sama hari ini. Kenyataan ini separuh tepat kerana bukan semua sel dalam badan mempunyai jangka hayat 7 tahun.
RM171,000 harga pada 2002, Guinness World Rekod, gigi termahal di dunia, dijadikan batu cincin, dijual di London pada 1816. Itulah gigi Sir Isaac Newton
Apa kebesaran yang Allah nak tunjukkan dalam seekor nyamuk denggi? Kuman denggi yang sama, berada dalam badan seekor nyamuk yang halus, nyamuk tak mati, tetapi jika kuman yang sama masuk dalam badan sebesar manusia, manusia boleh mati
Bila Allah buat mesin boleh mencuci seluruh cecair dalam badan, ianya bersaiz penumbuk dan boleh ‘hidup’ dalam badan, tetapi bila manusia perlu menggantikan fungsi sistem mekanikal sebesar ini, ia menjadikan mesin sebesar peti sejuk
Hanyut di laut selama 1 tahun 2 bulan (438 hari), Salvador Alvarenga, 36 tahun, nelayan hanyut lebih 10,000 km dari Mexico. Dia menyimpan mayat kawannya sebagai teman berbual.
Ikan juga batuk
Treadmill asalnya dicipta sebagai alat hukuman kepada banduan di penjara
Saintis Jepun boleh rekod mimpi kita guna MRI, gambar boleh dilihat selepas kita terjaga dari tidur
Tiada rasa jika tanpa air liur
-40° F = -40° C
Sotong octopus ada 9 otak s, 8 dari otaknya berada di setiap kaki/tangan, 3 jantung, darah biru dan jika salah 1 tangan putus, ia boleh tumbuh semula, tiada tulang, induk betina akan jaga telur hingga mati kerana tidak makan
Tumbuhan berkomunikasi sesama mereka. Akar mereka ibarat antena yang menghantar isyarat antara satu sama lain. Akar mengeluarkan bahan kimia dalam tanah yang akan sampai kepada akar lain dan juga kepada hidupan lain di dalam zon akar.
Di China memandu di lorong kanan jalan, di Macau dan Hong Kong (pengaruh British seperti Malaysia), memandu di sebelah kiri jalan. Bil sampai di sempadan pemandu hendaklah menukar lorong masing-masing
Akar pokok Bunga Matahari boleh membersihkan tanah daripada bahan radioaktif. Ia ditanam di loji janakuasa nuklear yang terjejas kerana dilanda gempa dan Tsunami di Fukushima Jepun
Pada 2016, Olivia Farnsworth berumur 7 tahun dilanggar dan diseret oleh sebuah kereta. Anehnya dia tidak merasa apa-apa sakit. Ini kerana sifat kromosomnya tidak sempurna yang dinamakan ‘chromosome 6 deletion’ yang menyebabkan dia tidak ada rasa sakit, lapar atau letih.
Sayap lebah, berkepak 200-230 kali sesaat ( 12,000-13,800 kali seminit). Kekuatan muscles sayap yang Allah jadikan sangat kecil itu setanding dengan sport car. Kelajuan lebah boleh mencapai 32km sejam (20 batu sejam)
Di asia juga ada segitiga seperti Bermuda yang menelan pelbagai kapal laut. Kapal Kublai Khan hilang bersama 40 ribu wira hebat dalam perjalanan mahu menawan Jepun di sini
Pada tahun 2000 Geologist Heinrich Frank menemui terowong setinggi 15 kaki. Sebenarnya terowong itu dibina pada 10,000 tahun dulu oleh haiwan dipanggil Sloth Gergasi seberat 1000 – 3000 kg
Vlad The Impaler (tahun 1442) dikatakan pontianak yang menjatuhkan hukum sula ke atas 80,000 orang dan meminum darah mereka
Manuskrip Voynich, buku 234 muka surat dari kulit lembu yang tidak ada seorang pun tahu apakah isi notanya kerana dia ditulis dalam kod bahasa yang tidak boleh difahami atau diterjemahkan. Ramai pengkaji termasuk dikalangan Profesor sejak tahun 1400 hingga hari ni menghabiskan bertahun-tahun masa mereka untuk mencari jawapan termasuk menggunakan komputer moden, apakah teori-teori yang berjaya dihasilkan
Pada 1920, Serge Voronoff mengkaji hamba Mesir yang dikasi mendapati mereka menghadapi pelbagai penyakit perubatan, masalah pernafasan, kulit, kognitif dan cepat menjadi tua. Akhirnya dia menyimpulkan pemindahan testikal haiwan muda boleh menjadikan manusia lebih muda, ujian itu dilaksanakan ke atas abangnya dengan mengambil testikal monyet muda.
Alice dan Bob adalah 2 robot yang direka oleh Facebook dimatikan kuasa kemudiannya bila kedua-dua robot tersebut mula berbual sesama mereka dalam bahasa yang tidak difahami manusia
Kajian mengatakan enzim perut sangat tajam (pH 1.0 – 2.0) sehingga mampu menghancurkan pisau cukur dalam masa 2 jam. Jadi, jagalah makan kerana asid yang tajam itu boleh merosakkan dinding perut jika tiada makanan untuk dihadam, anda akan dapat gastrik dan boleh merebak menjadi ulser.
10,000 tahun dahulu, Semenanjung Malaysia, Sumatera, Sabah, Sarawak dan Kalimantan bercantum daratan
Minyak wangi alkohol diharamkan dalam solat oleh majoriti ulama termasuk ulama al-Syafieyyah , tetapi ulama-ulama ini mengharus iaitu (1) al-Laith bin Saad, (2) al-Muzani, (3) al-Syaukani (dalam kitabnya Nail al-Autar), (4) Syeikh Atiyyah Saqr, (5) Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi (dalam Fatawa al-Mu’asirah), (6) Fatwa Brunai (2005)
Jet Blast Deflector adalah penghadang panas api jet yang boleh mencederakan atau mendatangkan kematian kepada kru, merosakkan peralatan atau jet lain, menyebabkan letupan jika bahang enjin jet terdedah kepada bahan mudah terbakar
Ketika pembinaan stesen keretapi Stuttgart 21, sebanyak 18 juta dollar telah dibayar kepada kontraktor untuk memindahkan cicak-cicak yang dilindungi iaitu kira-kira 6,000 dollar seekor bagi 3,000 ekor
Mesin layan diri di Jepun, dipasang dengan sensor mengesan gempa bumi. Jika berlaku bencana, mesin boleh mengeluarkan makanan tanpa perlu membayar sebagai bantuan kecemasan kepada mangsa
Bangunan yang dipanggil Walkie-talkie. Dinding diperbuat dari kaca, berbentuk melengkung dan menghadap matahari. Sifat-sifat ini menyebabkan pantulan cahaya yang dihasilkan diluar bangunan ini terlalu panas hingga telur yang dipecahkan boleh masak, bahan-bahan plastik pada kenderaan yang diletakkan di kawasa tersebut menjadi cair. Keadaan ini dipulihkan dengan memasang penghadang cahaya dengan kos 14 jua dollar
UK berjaya mencipta robot ikan yang boleh beroperasi tanpa bateri, ia beroperasi dengan hanya memakan mikroplastik
Catapults ialah lastik di atas kapal induk, tujuan untuk melonjakkan jet agar mencapai kelajuan 0-165 knot (305km/jam) dalam masa kurang 2.5 saat. Ini kerana landasan atas kapal sangat pendek sekitar 300 kaki (91m) berbanding landasan darat 2,300 kaki (701 meter)
Negara China sedang menguji sistem pembayaran melalui kaedah pengesanan wajah. Jika anda naik bas, hanya scan wajah, akaun anda akan dipotong melalui sistem untuk membayar tambang
Otak tidak mempunyai reseptor sakit (pain receptor). Oleh itu, pembedahan otak boleh dilakukan ketika pesakit sedar, tetapi tisu pelindung otak, saluran darah, tisu dan kulit kepala akan mendatangkan rasa sakit. Kenapa Allah ciptakan otak tanpa reseptor sakit?
Lagu raya popular ini sebenarnya dinyanyikan oleh 2 beradik berbangsa India
Jika anda lalu di lebuh raya, kita boleh nampak kepingan penghadang bunyi dipasang di tepi jalan, tetapi di Jerman, pokok khas yang dihasilkan melalui modifikasi genetik ditanam sebagai penghadang bunyi dan kesannya lebih baik dari menggunakan bahan konkrit, panel logam atau polikarbonat
Setahun 2 kali di Hawaii, dimana tiada bayang-bayang terhasil pada waktu panas akibat kedudukan matahari, di panggil ‘Lahaina Noon’
Sotong octopus mempunyai 3 hati dan 9 otak
Deria rasa ketam terletak pada kakinya
Pada 1983, Perak raya awal sehari ketika negeri lain sedang berpuasa. Kenapa jadi begitu? Sebenarnya sehingga sekarang, urusan agama dibawah kerajaan negeri masing-masing, diketuai sultan masing-masing atas nasihat mufti setiap negeri, Sebab itu berat emas yang wajib dibayar zakat, berbeza setiap negeri, begitu juga fatwa, nilai zakat fitrah dan lain-lain perkara agama
Terengganu & Kelantan cuti 3 hari pada Aidiladha. 2 hari untuk hari raya kurban dan sehari cuti pada hari Arafah, 9 Zulhijjah (hari berpuasa pengampunan 2 tahun)
Sebuah agensi ditubuhkan di zaman PM Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak untuk mencapai matlamat negera memilik loji nuclear pada tahun 2030
Kenapa Rasulullah berbuka dengan ruthob (kurma segar basah) tidak roti gandum. Sebenarnya ketika perut kosong, serapan langsung ke dinding perut sangat memberi kesan kepada kesihatan, contoh jika makanan pedas, masam, air gas atau ubat yang sensitif ketika perut kosong, dinding perut boleh terhakis contoh risiko gastrik. Jadi kesan juga kurang baik jika dimulai dengan makan benda yang berminyak, berpengawet, mempunyai pewarna, perisa tiruan atau ada karbon pembakaran (seperti sate), jadi sebaiknya makan buah zat yang segar semulajadi bukan makanan yang diproses / Benefit of dates
Orang tua-tua dulu, pulut jadi kuning sebab diletakkan kunyit, bihun jadi kuning sebab letak kunyit, sebenarnya itu cara membunuh bakteria dalam makanan kerana kunyit bersifat antiseptik, antiradang dan membantu pencernaan, hebatkan ilmu mereka / read more, benefit of turmeric
‘QWERTY’ Susunan huruf pada mesin taip sengaja disusun tidak mengikut urutan ABCD-XYZ untuk melambatkan jari menaip. Jika terlalu cepat menaip mesin taip zaman dahulu akan tersangkut. Susunan itu dikekalkan pada komputer bertujuan untuk memudahkan orang yang mahir menggunakan mesin taip beralih kepada komputer
Badan dewasa mengandungi sekitar 60% air, kanak-kanak hingga 75%. Lelaki biasanya lebih 5% dari wanita. Otak dan hati 73% air, paru-paru 83% dan tulang 31%
Hebat ilmu datuk nenek moyang kita, sarung dan hulu keris pun mereka ada teknologi sains kayu apa nak dipakai. Sarung keris dari kayu Angsana bersifat menyerap lembapan dan wangi, menjadikan mata keris tidak rosak akibat lembapan, kekal kering dalam simpan, cepat kering dari kesan darah dan tidak berbau hanyir kerana sifat kayu yang wangi. Kayu kemuning pula digunakan kerana berpotensi merawat luka.
Taming sari dikatakan kebal sesiapa yang memilikinya. Hulu bertatahkan batu permata. Mungkinkah menggenggam batu permata tersebut, tersentuh di tubuh (hukum alam dengan kehendak Allah) menjadi seseorang itu kebal dari senjata. Saya pernah lihat seorang pemilik batu geliga menjadi kebal bila dia menyentuh batu tersebut. Tiadalah kekuatan melainkan dengan kekuatan dari Allah
Sesetengah kajian mengatakan tidur mengiring sebelah kiri lebih terdedah kepada mimpi buruk, disebabkan tekanan yang diberikan kepada jantung. Ia sesuai dengan amalan Rasulullah yang menganjurkan umatnya tidur mengiring ke kanan.
Taming Sari ialah nama pemilik keris, seorang pahlawan jawa Majapahit yang dikalahkan melalui helah oleh Hang Tuah dalam pertandingan dihadapan Sultan Melaka ketika dalam majlis rombongan mengahwini Raden Mas Ayu anak Bentara Majapahit. Ada 2 versi ke mana pergi keris tersebut.
Lobak asalnya berwarna purple pada 5,000 tahun dahulu di Iran, warna oren mula popular selepas abad ke 16
Semua bayi ketika dilahirkan bermata biru. Ini adalah fakta yang kurang tepat.
Ilmu ada dimana-mana. Perkataan pertama Iqra’ (textual : baca, contextual analysis: belajar) ketika duduk di meja makan, menunggu isteri ambil makanan di kedai mamak, sempat buka risalah ubat panadol kanak-kanak, terbaca tulisan ‘penggunaan berlebihan boleh merosakkan hati’. Paracetamol dalam apa-apa brand kurang menjejaskan buah pinggang tetapi jika berlebihan membebankan hati untuk memproses dan tidak sesuai bagi orang yang ada masalah hati
Setiap anjing mempunyai cap hidung yang berbeza antara satu saman lain, sama seperti berbezanya cap jari setiap manusia di seluruh dunia, jadi ia boleh dijadikan pengenalan bagi identiti anjing / Dog nose prints are as different as human fingerprints.
Selepas diserang Portugis (1511) Sultan Mahmud Shah (Sultan Melaka ke 8) berpindah ke Kampar Riau Sumatera. Anaknya Raja Ahmad Riayat Shah I terbunuh (1513) selepas Melaka diserang. Tun Saban meminta anak Baginda Muzaffar Riayat Shah I menjadi Sultan Perak Pertama (1528). Anak lain Alaudin Riayat Shah II (Ibunya Tun Fatimah) dihantar sebagai Sultan johor
Jerung tidak ada tulang, rangka dari cartilage yang ringan untuk membantu mudah terapung sebab saiznya besar. Ia tulang putih yang orang kita panggil ‘plastik’ pada tulang ayam
Anakonda ular air berat lebih 200kg/weight of Anaconda is over than 200kg
Sepanjang tahun lepas berapa buah buku yang telah anda baca? Almarhum Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz, dikatakan telah membaca sebanyak 70 ribu buah buku sepanjang hayat. Saya membaca sekitar 2,000 buku setahun, tapi hanya kulit atau beberapa halaman setiap naskah 😁😆😂
Lagi banyak pancaindera kita aktifkan seperti mata, telinga, mulut, tangan, lebih baik untuk mengukuhkan ingatan. Selain membaca, aktifkan fizikal tangan dengan melukis infographic & menulis, manakala penglihatan & pendengaran diaktifkan melalui audio visual (video / dokumentari / filem / ke lokasi / muzium / perjumpaan) dan mulut dengan mengajar / bercerita semula selain membaca topik yang sama dari sumber berbeza.
Kenapa Mat Kilau susah nak dikalahkan bila berlawan keris dengan dia? Kita belajar silat, reflective akan tepis guna tangan kiri (sebab selalunya musuh serang kita dengan keris di tangan kanan), kita pula serang dia menggunakan keris dengan tangan sebelah kanan, tapi kalau lawan mat kilau, huru Hara bunga silat kita, sebab dia kidal, so kena tepis dengan tangan kanan dan serang tangan kiri, kalau asyik dok tepis tangan kanan yang ada keris di tangan, bila pulak tangan kanan hang nak serang dia😂
“Lemah, Nabi puasa-puasa pun berperang”. Sebenarnya war tactical itu menyanggahi fiqh al-aulawiyyat, keutamaan menyelamatkan pemerintahan dan umat Islam lebih besar dari berpuasa bagi tujuan ibadah peribadi. Adakah berbaloi berpuasa jika berisiko kalah perang hingga jatuh kerajaan Islam dan umat Islam dijajah? Rasulullah saw pemimpin yang hebat. Rasulullah dan banyak sahabat tidak berpuasa ketika perang. Itulah fekah keutamaan atas keutamaan.
90 juta kilo makanan tak habis dibuang sepanjang Ramadan 2024 di seluruh Malaysia. Kalau buat kenduri boleh menampung 180 juta orang jemputan bersamaan 5 kali ganda rakyat Malaysia.
Rasa cili lebih sedap jika ditumbuk dalam lesung batu, berbanding menggunakan pengisar (blender) / Chili tastes better when manually processed using grinding stone rather than an electrict blender.
Hadith “Perut adalah rumah penyakit”. Al-Imam Al-Iraqi menyebut bahawa tiada asal terhadap terhadap dalil ini, manakala Imam Ibn Subki menyebut tiada sanad yang sahih terhadap dalil ini.
Riwayat al-Thabrani (al-Mu’jam al-Wasit) “Berpagi-pagilah dalam bersedekah, sesungguhnya bala bencana tidak boleh mendahului sedekah”. Bahaqi kata ini ucapan Anas. Perawi Isa Abdullah, byk meriwayatkan palsu (Ibn Hibban, al-Majruhin), lemah ingatan (Abu Hatim al-Razi), perawi lemah (al-Haitami & Ibn Adiy), haditnya byk kesalahan (Abu Nu’aim al-Asbahani)
Propolis bunuh kuman dan melawan jangkitan. Jika sakit tekak sangat pedih dan memeritkan Insha-Allah rasa sejuk dan cepat kurangkan keperitan
Sesetengah keris ada locking mechanisms system, dia Tak bole tercabut sendiri dari sarung dan tidak tercabut keluar bila diterbalikkan, dia kena unlock dengan ibu jari untuk mencabut keris keluar dari sarungnya, orang melayu kaya dengan teknologi
Pertempuran di Bukit Candu, selain Leftenan Adnan Saidi, pegawainya Kepten Harry Rodway Rix dan adik Jeneral Yamashita (pihak Jepun) turut terbunuh, Ayahnya Pak Saidi membunuh 5 orang tentera Jepun, mencederakan 15 yang lain ketika ditangkap di Sungai Ramal. Jeneral Yamashita mati digantung oleh Mahkahmah Amerika di Filipina (23.2.1946) dan Leftenan Jeneral Renya Mutaghuci dilucutkan jawatan selepas kalah pertempuran Imphal, India kemudian dipenjara di Singapura hingga 1948
Mafhum hadith “Puasa hari Arafah pengampunan dosa 2 tahun sebelum dan selepas”(Muslim 1162). “Puasa hari ‘Asyura pengampunan 1 tahun sebelumnya”(Muslim 1162). “Puasa Ramadhan yang ditambah puasa 6 hari Syawal ganjaran 1 tahun” (Muslim 1164) tetapi menurut Imam Malik makruh puasa 6 kerana tidak diamalkan oleh ahli Madinah
Ibn Rajab al-Hanbali¹ berpendapat 10 awal Zulhijjah lebih afdal dari 10 akhir Ramadhan, kerana ramadhan hanya ada 1 malam qadar, tetapi 10 awal Zulhijjah ada 10 hari siang dan malam yang paling Allah cintai amal kita. Ibn Qayyim rahimahullah & Ibn Taimiyyah² berpendapat siang 10 awal Zulhijjah lebih baik dari 10 akhir siang Ramadhan tetapi 10 malam akhir Ramadhan lebih baik dari 10 awal malam Zulhijjah
Perak dulu tak ada sultan. Tun Saban pergi ke kampar Hulu Riau Sumatera, berjumpa Sultan Mahmud Shah meminta seorang anaknya ( Sultan Mahmud Shah Sultan Melaka ke 8) yang berhijrah ke Kampar selepas Melaka diserang portugis Ogos 1511) Baginda memperkenankan untuk membawa ke Perak anaknya bernama Muzaffar Shah I yang menjadi Sultan Perak pertama 1528 dan membawa bersama alat-alat kebesaran seperti Keris Taming Sari dan Pedang Cura Si Manjakini (pedang Cura Si Manjakini diwarisi dari Parameswara) masih ada sebagai alat kebesaran negeri Perak,
BUKU PELAWAT / VISITOR’S BOOK
Akad lafaz jual beli dalam pendapat iman shafie adalah wajib. Kita lihat macam simply, tapi kuasa akad, membolehkan seorang wanita ajnabi yang asalnya haram dilihat, menjadi halal untuk di setubuhi, disebabkan akad. Kita menggunakan pendapat Imam Malik dan Imam Abu Hanifah untuk pembelian on-line di mana tawaran dibuat oleh penjual, klik penerimaan dikira sebagai akad oleh pembeli
Guinness World Record, membina 1 lorong 75km panjang jalan dengan hanya 105 jam 33 minit di India oleh National Highway Authority of India (NHAI)
Pilot dan co-pilot menghindari dari makan menu yang sama untuk mengelakkan kedua-duanya keracunan serentak
Aqueducts adalah saluran paip air di zaman Roman, sepanjang 500km, mengagihkan jutaan liter air sehari ke seluruh bandar di Rom pada tahun 312 sebelum masihi.
Perkataan ‘Mercedes’, ada 3 ‘e’, setiap ‘e’ ada bunyinya yang tersendiri
Perasan tak kenapa ayat ‘Bismillahirrahmanirrahim’ macam tergantung, kerana bermula dengan kata sendi ‘dengan’, sedangkan kata sendi sepatutnya berada ditengah ayat. ‘…………Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Apakah perkataan sebelumnya.
Umat Kristian UK mengutuk menghina mencaci dan mengeji, “pembelot agama” kata mereka pada King Charles, mereka sangsi kerana tindak tanduk Raja England itu sebagai ketua agama dan ketua seluruh geraja di England itu seperti telah memeluk Islam, ini sebabnya;-
Sejak 2014 Belanda telah menutup 23 penjara dan ada yang diubah untuk kegunaan lain kerana penurunan kadar jenayah dan pengurangan tempoh hukuman. Ini juga berlaku di Ireland, Sweden & Finland dimana hukuman beralih kepada kaedah pemulihan.
Pencipta ubat innovator seperti Panadol biasanya mendapat hak cipta perlindungan dari ditiru selama lebih kurang 20 tahun. Selepas itu barulah ubat generik boleh dihasilkan iaitu selepas tamat tempoh hak cipta tersebut, ini bagi membolehkan pencipta mendapat pulangan yang adil hasil usaha dan kajian mereka tetapi Nils Bohlin dari Volvo mencipta tali pinggang keledar 3 point tanpa mendaftar hak cipta dengan tujuan agar boleh digunakan pihak lain secara percuma untuk keselamatan pengguna
Laila tu ertinya malam, kalau sebut malam lailatul qadar, ertinya malam malam qadar, lailatul qadar bukanlah serentak sebab ketika kita malam ada tempat yang siang
Berdasarkan pengalaman, Insha-Allah, jus daun betik sangat berkesan manaikan platelet yang menurun disebabkan demam denggi, sebarkan manafaat kepada yang memerlukan
Naik kereta atau motor elok standby benda ni, terutama perjalanan jauh. Tak perlu tukar tayar motor atau kereta yang bocor ditengah jalan, jika bocor kecil yang biasa, cukup 1 tin tyre weld/sealer, tidak perlu pam, cecair dalam tin yang dipam ke dalam tayar akan menutup lubang, boleh bertahan sehingga 2 hari, sementara sempat sampai ke kedai membaiki tayar. Sebarkan manafaat agar dapat membantu orang lain
95,119 orang berumur lebih 100 tahun di Jepun, 83,958 wanita dan 11,161 lelaki (data 1 Sept 2024) menunjukkan kadar jangka hayat yang tinggi
Kenapa Mekah selalu raya awal?
Hummingbirds, burung yang boleh terbang mengundur, sayapnya mampu mengepak sebanyak 80 kali sesaat, dengan sendi kepak yang mampu berpusing 180 darjah
Banyak binatang boleh mengesan gempa bumi, ada yang boleh mengesan beberapa minggu lebih awal, antaranya ular boleh mengesan gempa sejauh 121 km 5 hari sebelum berlaku. Adakah setiap makhluk boleh mendengar suara si mati kecuali manusia, Wallahu a’lam bish-shawabi
Seorang lelaki miskin di China mencipta sendiri mesin mencuci buah pinggang untuk meneruskan hidupnya selama 13 tahun
Sungai Nil terpanjang di dunia, 6,600km¹ (4,100 batu), merentasi 11² negara lebih dari 300 juta orang terutama di gurun dan padang pasir mendapat manafaat daripadanya
‘Assalamu’alaika’ (ka) untuk seorang lelaki, ‘Assalamu’alaiki’ (ki) untuk seorang perempuan, tapi Rasulullah SAW ajar kita guna ‘Assalamu’alaikum’ sedangkan (kum) adalah untuk 3 orang atau lebih, walaupun berhadapan dengan seorang sahaja, apakah rahsia disebalik ini?
Zaman Rom ada kolam air panas (Tepidarium) dan bilik panas (Laconicum), pekerja-pekerja bertarung nyawa mambakar kayu di bilik bawah tanah
Nissan mencipta kerusi yang secara otomatik akan menyusun diri mereka sendiri selepas mesyuarat
Pada 2008, Polis di Finland berjaya memberkas seorang pencuri kereta melalui bangkai nyamuk yang ditemui dalam kereta tersebut. Ujian DNA pada darah nyamuk dilakukan untuk mengenalpasti darah siapa yang terakhir dihisap oleh nyamuk tersebut
sesetengah bangunan tidak ada aras bawah (ground floor). Tingkat atas tanah (ground level) bermula dengan aras 1 (first floor) Ini adalah kebiasaan bangunan di United States, Russia dan China, tetapi British dan Eropah, kebanyakan meletakkan tingkat diatas tanah sebagai aras bawah (ground floor). Ini adalah perbezaan istilah dalam bahasa US dan UK
Antibiotics yang kita makan untuk membunuh bakteria, akan mematikan juga bakteria baik pada tubuh
Asal usul perkataan ‘Hello” ketika menjawab telefon. Dikatakan semasa Alexander Graham Bell mencipta telefon, dia akan cuba menghubungi tunangnya yang bernama Margaret Hello untuk menguji suaranya sampai atau tidak dengan memanggil nama tunangnya “Hello”. Sebenarnya fakta ini tidak tepat kerana isterinya bernama Mabel Gardiner Hubbard