Tag Archives: F1

Dalam 1 perlumbaan kereta, Ayrton Senna telah terlanggar penghadang konkrit, dia mendakwa tembok tersebut telah berubah dari kedudukan asal. Ini menghairankan jurutera dan semua orang yang mendengar, tetapi bila disiasat, rupa-rupanya tembok tersebut telah terkeluar 4mm dari kedudukan asal kerana perlanggaran oleh kenderaan lain sebelum ini. Ketika mengambil selekoh pada kelajuan 100 – 130km sejam dia masih boleh mengesan perbezaan 4mm tersebut.

Dia pernah memberhentikan keretanya ketika dalam perlumbaan saringan bagi menyelamatkan Erik Comas, pemandu yang kemalangan. Ketika dia melalui laluan itu, dia menyedari Erik Comas tidak sedarkan diri, manakala kaki Eric Comas sedang menekan Paddle minyak yang mungkin boleh menyebabkan letupan

Dia meninggal pada 1994, apabila kereta F1 yang dipandunya melanggar tembok konkrit, mengakibatkan dia koma sebelum dilaporkan meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Dikatakan helikopter yang mendarat di litar, bersebelahan kereta Ayrton Senna yang hancur, terdapat kesan darah yang menitis dari helikopter ketika terbang membawa beliau ke hospital

Dia memandu pada kelajuan 300km sejam, kemudian cuba memperlahankan kenderaan tetapi akhirnya melanggar tembok pada kelajuan kira-kira 200km sejam

Teori kemalangan ialah kerosakkan kereta F1 beliau :-
1. Dia pernah mengadu jarak stereng dengan badan agak jauh, dan untuk memanjangkan stereng column, penyambungan yang dibuat, tetapi tidak kukuh menyebabkan stereng column patah ketika dia mengambil selekoh. Dia memandu Honda Malboro sebelum ini menang tempat pertama, kedua dan ketiga, kemudian beralih kepada Rothman dengan Enjin BMW yang beberapa kali rosak ketika perlumbaan. Ini banyak merugikan pungutan mata beliau sehingga dia pernah mengadu kenderaannya tidak berpotensi membantu dia untuk menang.

2. Kerosakan suspension kerana terlanggar serbihan kereta lain yang rosak ketika di awal perlumbaan

Dia menyelamatkan ramai pemandu lain, kerana selepas kematiannya :-
1. selekoh yang memakan nyawa beliau telah diubah suai agar lebih selamat
2. Helmet dan visor yang lebih teguh dan kalis api kerana Ayrton Senna terbunuh disebabkan batang besi pemegang tayar terpelanting hingga merosakkan helmet, kepala lalu mencederakan otaknya.
3. Struktur titanium telah dibina dibahagian atas kepala pemandu yang sebelum ini terbuka dan terdedah tanpa pelindung
4. Struktur penyokong kepala dan tulang leher
5. Papan dibawah lantai kenderaan
6. Pemegang tayar yang lebih kuat dan stabil

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.