Pada 1820 seluruh keluarga pemilik rangka itu dikatakan puntianak oleh penduduk tempatan kerana tubuh sekeluarga menjadi kurus kering kelihatan wajah dan badan puntianak.
Ibu, bapa, anak lelaki dan perempuan menjadi sangat kurus, hingga wajah dan badan mereka menyerupai pontianak, kemudian mati. Penduduk menuduh itu adalah keluarga pontianak. Tidak lama kemudian penduduk mendapati anak lelaki yang lain pula kelihatan kurus dan penduduk menjangka dia akan menjadi puntianak seperti ahli keluarganya. Bagi menghilangkan sumpahan itu, mayat kakaknya digali, hati diambil, dibakar dan diberi makan kepada adiknya untuk menghilangkan sumpahan. Walau bagaimana pun, adiknya itu terus menjadi kurus dan meninggal
Kajian pada 1990 mendapati keluarga tersebut dijangkiti tuberculisis, sekarang disebut penyakit TB yang berjangkit melalui udara seperti batuk atau percakapan.
Itu cerita barat pada tahun 1800 sedangkan sejak tahun 786 lagi, dunia Islam telah mencapai pelbagai kemajuan dalam pelbagai bidang ilmu seperti matematik, perubatan, astronomi, falsafah, Nilai kemanusiaan dan telah wujud universiti tertua di dunia, sedangkan barat masih dalam kegelapan yang dipanggil dark ages

source : History Channel