Sistem Kewangan UTMFin dan Audit Dalaman UTM

Sekiranya mempunyai sebarang masalah mengenai capaian sistem atau reset kata laluan dalam UTMFin bolehlah menghubungi staf En Mohamad Zaki bin Mohamad Ariff Ext: 32683 Mel: mohdzaki@utm.my

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan mengenai modul-modul dalam UTMFin bolehlah menghubungi staf di bawah:

MODUL BELANJAWAN: Pn Norazilah binti Abu Bakar Ext : 30099 Mel : abnorazilah@utm.my
MODUL TERIMAAN: Pn Hurul Aini binti Razali Ext : 31219 Mel : hurulaini@utm.my
En Mohd Zubir bin Mat Isa: Ext : 30595 Mel : zubir@utm.my
MODUL PEROLEHAN: Pn. Siti Ruhaya Fatimah Binti Tasriff Ext : 30319 Mel : sruhayafatimah@utm.my
MODUL BAYARAN: Pn Saripah binti Mamat Ext : 30257 Mel : ipah@utm.my
Pn Hajar binti Rahmat: Ext : 30690 Mel : hajarahmat@utm.my
Pn Siti Zainorah binti Mohd Najib: Ext : 30690 Mel : zainorah@utm.my
MODUL PENGGAJIAN: En Sallekhuddin bin Abdullah Ext : 30277 Mel : sallekhuddin@utm.my
MODUL PINJAMAN: Pn Asliza Binti Ramli Ext : 30277 Mel : aslizaramli@utm.my
MODUL HARTA TETAP: Pn Noor Zaidah Binti Omar Ext : 30229 Mel : noorzaidah@utm.my
Pn Rasidah Binti Haron: Ext : 30219 Mel : hrasidah@utm.my
MODUL STOR DAN BEKALAN PEJABAT: Pn Noryati Binti Zaharee Ext : 30075 Mel : noryatizaharee@utm.my

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 (Akta 240)
Menghendaki setiap Badan Berkanun Persekutuan mengemukakan Penyata Kewangan
Tahunan kepada Ketua Audit Negara untuk diaudit. Menteri berkenaan hendaklah
membentangkan di Parlimen dengan seberapa segera Penyata Kewangan yang telah diaudit berserta Laporan Tahunan Badan Berkanun Persekutuan. Bagi memenuhi
peruntukan Akta ini dan Akta Audit 1957, Jabatan Audit Negara telah menjalankan tiga
jenis pengauditan seperti berikut:

1.1 Pengauditan Terhadap Penyata Kewangan
– untuk memberi pendapat sama
ada Penyata Kewangan Badan Berkanun Persekutuan bagi tahun berkenaan
menggambarkan kedudukan kewangan yang benar dan saksama serta rekod
perakaunan mengenainya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini.
1.2 Pengauditan Pengurusan Kewangan
– untuk menentukan sama ada
pengurusan kewangan Badan Berkanun Persekutuan dan Syarikat Subsidiari
dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
1.3 Pengauditan Prestasi
– untuk menentukan sama ada sesuatu aktiviti Badan
Berkanun Persekutuan dilaksanakan dengan cekap, berhemat dan mencapai
objektif yang telah ditetapkan.
2. Laporan saya hasil daripada pengauditan pengurusan kewangan dan pengauditan
prestasi terhadap pelaksanaan aktiviti-aktiviti Badan Berkanun Persekutuan dilaporkan
berasingan daripada laporan saya berhubung dengan pengauditan terhadap Penyata
Kewangan. Pengasingan ini dibuat kerana Laporan Pengesahan Penyata Kewangan
Dan Prestasi Kewangan hanya dapat disediakan selepas semua Badan Berkanun
Persekutuan menyerahkan penyata kewangannya untuk diaudit dan juga selepas Sijil
Audit dikeluarkan. Laporan saya mengenai pengurusan kewangan dan pelaksanaan
aktiviti-aktiviti Badan Berkanun Persekutuan Tahun 2007 ini mengandungi empat
bahagian seperti berikut:
Bahagian I
– Pengurusan Kewangan Badan Berkanun Persekutuan Dan
Syarikat Subsidiari
Bahagian II
– Pelaksanaan Aktiviti Badan Berkanun Persekutuan
Bahagian III
– Kedudukan Masa Kini Perkara Yang Dibangkitkan Dalam
Laporan Ketua Audit Negara Bagi Tahun 2006
Bahagian IV
– Perkara Am
ix

3. Mulai tahun 2008, Jabatan Audit Negara telah melaksanakan sistem penarafan indeks akauntabiliti berdasarkan pengauditan yang dijalankan pada tahun 2007
terhadap 26 daripada 118 Badan Berkanun Persekutuan. Badan Berkanun Persekutuan
yang dipilih akan dinilai tahap pengurusan kewangannya berasaskan kriteria yang
diukur secara objektif. Ini dijadikan penanda aras ke arah penambahbaikan pengurusan
kewangan. Pengauditan meliputi 16 institusi pengajian tinggi awam dan sepuluh institusi
kewangan. Analisis menunjukkan prestasi pengurusan kewangan dua (7.7%) daripada
26 Badan Berkanun Persekutuan yang diaudit berada pada tahap sangat baik, 22
(84.6%) pada tahap baik manakala dua (7.7%) pada tahap memuaskan. Pada
umumnya, Badan Berkanun Persekutuan mempunyai struktur pengurusan yang sesuai
dan jelas dengan objektif penubuhan, pengurusan sumber manusia yang cekap,
perancangan pengisian jawatan yang teratur meliputi peralihan tugas dan
pembangunan kerjaya melalui latihan berterusan kepada pegawai. Sistem dan prosedur
kerja telah disediakan dengan lengkap dan teratur. Badan Berkanun Persekutuan juga
menubuhkan jawatankuasa yang penting seperti Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa
Pengurusan Kewangan dan Akaun serta Unit Audit Dalam. Bagaimanapun,
pengauditan mendapati masih ada beberapa peraturan kewangan yang tidak dipatuhi
sepenuhnya.
4. Ketua Audit Negara telah menerima perintah daripada Duli Yang Maha Mulia
Yang di-Pertuan Agong untuk menjalankan pengauditan terhadap syarikat di mana
Kerajaan memegang lebih daripada 50% ekuitinya dan syarikat-syarikat yang mendapat
pinjaman atau geran daripada Kerajaan. Selaras dengan perintah itu, pada tahun 2007,
Jabatan Audit Negara telah menjalankan pengauditan pengurusan kewangan syarikat
terhadap 10 syarikat subsidiari Badan Berkanun Persekutuan. Pengauditan ini
merangkumi aspek pengurusan organisasi, jawatankuasa yang ditubuhkan, sistem dan
prosedur, analisis kewangan, pengurusan kewangan dan memilih salah satu aktiviti
yang dilaksanakan oleh syarikat berkenaan. Pelan atau strategi perniagaan dan
pengurusan risiko yang diwujudkan oleh syarikat juga menjadi aspek penting
pengauditan.
5. Seksyen 6(d) Akta Audit 1957 menghendaki Ketua Audit Negara menjalankan
pengauditan untuk menentukan sama ada aktiviti-aktiviti Badan Berkanun Persekutuan
diuruskan dengan cara yang cekap, berhemat dan selaras dengan objektif aktiviti
berkenaan. Bagi memenuhi kehendak Akta ini, Jabatan Audit Negara telah menjalankan
18 pengauditan prestasi sepanjang tahun 2007. Pengauditan tersebut melibatkan
pelbagai aktiviti seperti pembinaan, pengurusan aset, aktiviti peningkatan sosio
ekonomi dan pengurusan pinjaman. Hasil daripada pengauditan terhadap aktiviti-aktiviti
itu mendapati pada umumnya, Badan Berkanun Persekutuan telah membuat
perancangan bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Bagaimanapun, dari segi pelaksanaan
aktiviti, terdapat kelemahan-kelemahan yang berpunca daripada kekurangan
kakitangan dan peruntukan kewangan, penyeliaan yang kurang rapi serta pemantauan
yang kurang berkesan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *