Pengisytiharan Harta Penjawat Awam UTM

Pengisytiharan Harta Kakitangan Awam

Pengenalan
Perisytiharan Harta bermaksud perisytiharan harta kali pertama, harta tambahan, pelupusan harta dan termasuk pengakuan tiada perubahan ke atas pemilikan harta.
Di bawah Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, semua pegawai dikehendaki mengisytiharkan secara bertulis kepada Ketua Jabatan masing-masing segala harta yang dimiliki olehnya atau isteri atau suami atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihaknya atau bagi pihak isteri atau suaminya atau anaknya.

Kewajipan Mengisytiharkan Harta
Semua pegawai dikehendaki mengisytiharkan harta apabila:
1.Dilantik ke dalam perkhidmatan awam;
2. Dikehendaki oleh Kerajaan;
3. Memperolehi harta tambahan; dan
4. Melupuskan harta.

Tempoh Perisytiharan Harta
Semua pegawai dikehendaki membuat perisytiharan harta sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun.
Sekiranya dalam tempoh tersebut tiada sebarang perubahan ke atas harta, pegawai perlu mengisytiharkannya melalui Borang Pengakuan Tiada Perubahan ke Atas Pemilikan Harta.

Jenis-jenis Pemilikan Harta: 1. Harta tak alih:
i. Tanah, termasuk tanah yang diduduki di bawah lesen pendudukan sementara;
ii. Segala jenis tempat kediaman seperti rumah, rumah pangsa, pangsapuri atau kondominium;
iii. Bangunan, termasuk rumah kedai atau ruang kedai, ruang pejabat atau warung;
2. Harta alih:
i. Apa-apa bentuk wang tunai di mana jua dideposit atau disimpan;
ii. Syer, saham, dibentur, bon atau sekuriti lain;
iii. Apa-apa bentuk lesen atau permit perdagangan, perniagaan atau komersial;
iv. Apa-apa harta alih yang lain, termasuklah segala jenis kenderaan motor, barang kemas, keahlian kelab, perabot rumah dan alat sukan yang harga belian tiap-tiap satunya melebihi 6 bulan emolumen atau RM10,000.00 mengikut mana yang lebih rendah.

Semua pegawai dikehendaki membuat Perisytiharan Harta apabila:
– Dilantik ke dalam Perkhidmatan Awam
– Dikehendaki oleh Kerajaan
– Memperolehi harta tambahan / melupuskan harta
– Semua pegawai dikehendaki membuat perisytiharan harta sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 5 tahun
– Sekiranya dalam tempoh tersebut pegawai tidak memperolehi apa-apa harta tambahan atau melupuskan harta,
pegawai perlu membuat pengakuan mengenainya.

Jenis Harta Tak Alih :
– Tanah termasuk tanah TOL (Lesen Pendudukan Sementara)
– Segala jenis tempat kediaman, rumah, pangsapuri
– Bangunan seperti rumah kedai, ruang pejabat, gudang

Jenis Harta Alih :
– Apa-apa bentuk wang tunai di mana jua disimpan
– Saham, debentur, bon dan sekuriti
– Apa-apa bentuk lesen atau permitp satunya melebihi 6 bulan emolumen atau RM10,000 mengikut mana yang lebih rendah.
**Mohon rujuk kepada PP Bil. 3 Tahun 2002 untuk keterangan lebih lanjut.

Pemilik Kompetensi perlu menyemak sama ada maklumat pasangan dan tanggungan tersebut telah diisikan dengan lengkap di Modul Rekod Peribadi dan disahkan oleh Pentadbir Agensi masing-masing terlebih dahulu.

Harta tersebut perlu diisytiharkan.
Semua kenderaan bermotor perlu diisytiharkan tanpa mengira had nilai. Rujuk Surat Edaran JPA bertarikh 29 Mac 2010 para 4, ‘Dengan berkuatkuasanya P.U.(B)104/2010 : Semua pegawai awam adalah diwajibkan mengisytiharkan apa-apa jenis kenderaan bermotor kepada Ketua Jabatan masing-masing. Kegagalan pegawai awam mengisytiharkan kenderaan bermotor yang dimilikinya adalah merupakan suatu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan tatatertib’.
Tugas kawalan dan pengawasan tatatertib termasuk perisytiharan harta adalah di bawah tanggungjawab Ketua Jabatan. Pegawai boleh dituduh melanggar peraturan perisytiharan harta sepertimana yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002 serta ingkar perintah kerana melanggar Peraturan 4(2)(i) atau Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.