Kali kedua sebagai pembentang di International Congress on Engineering Education( ICEED 2014 Conference) anjuran University Teknologi Mara dan IEEE Advancing Technology for Humanity. Tahun lepas buat di Hotel Grand Dorset, Subang Jaya, Selangor. Tahun ni buat di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.
Pergi bertiga dengan Pelajar master Teknologi Pendidikan, Radhiah dan ‘Izzati. Kali ni, banyak paper dari UTM yang diterima. Alhamdulillah. Kami menginap di hotel yang sama…nak cari tempat makan pun senang… cuma bilik dia mahal sikit. Oleh kerana bawak anak dara orang… kejam mata jeklah masa nak bayar tu.
Berbaloi dengan harga… bilik sangat spacious.
Bilik air dan bilik mandi besar dan selesa.
Aturcara bermula dengan upacara pembukaan dan ucaptama oleh Prof Dr Azni Zain Ahmed, Timbalan Naib Cancelor ( Akademik dan Antarabangsa) UiTM. Kemudian, kami dibentangkan dengan forum bertajuk ” Engineering Education in Japan : An Insight” oleh 3 orang pembentang daripada Kolej Teknikal Kanazawa, Jepun. Pendekatan KTC kini sangat menekankan kepada meningkatkan kreativiti dalam kalangan pelajar mereka. Antara pendekatan mereka adalah menjalankan pertandingan dalam kelas yang kemudiannya dipertandingkan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.
Kolej ini juga membuat kerjasama dengan industri dimana syarikat terbabit membuat mou dengan KTC yang dipanggil sebagai in-house training industri bagi memastikan pelajar mendapat kemahiran yang diperlukan oleh kedua-dua pihak yang terlibat iaitu pelajar dan industri.
“Learning through Experience” ditekankan oleh Prof Akio Inazawa sepanjang forum ini dijalankan. Mungkin, UTM boleh mengambil sedikit idea untuk diaplikasikan dalam kurikulum kami kemudian nanti…