Select Page
Tahun baru 2020

Tahun baru 2020

Hari ni dah 4 Jan 2020. Seminggu akhir tahun 2019 dipenuhi dengan banyak cuti kerana menguruskan keperluan anak-anak. No 4 masuk Tadika 5 Tahun. 31 Dis ada hari orientasi di Tadika dan No 2 daftar Tingkatan 1. Separuh hari di sekolah, sebelah petang uruskan sampul buku yang baru diterima.

Hari pertama seperti biasa uruskan keempat-empat anak… dah lama cuti pastinya hari pertama sekolah paling susah nak bangun awal. Kena uruskan bas sekolah pagi dan petang. Beli apa-apa yang tertinggal.

Hari kedua terus mak dia demam hihi… nampak sangat badan dah tua. Baru 2 hari dah tumbang… No 4 abah dia yang perhatikan daripada jauh. Mengamuk taknak naik bas sebab nampak kelibat abah dia… nasib drama tak berapa panjang…

End up, masa saya fully occupied dan sangat sedikit sempat saya jengah kerja-kerja pejabat yang tak pernah habis. Tapi… I luv every single moment. Semoga kesibukan tugas selepas ini tidak mengurangkan perhatian saya terhadap mereka.

Misi 2020

#Sihat mental dan fizikal

#Family come first

Kolokium di Universitas Muhammadiyah Jakarta

Alhamdulillah, pada 13 hingga 16 April yang lalu, saya dan 27 staf serta pelajar daripada UTM telah menghadiri kolokium di Universitas Muhammadiyah Jakarta. Kolokium ini mengkhususkan kepada perkongsian penyelidikan yang dijalankan di kedua-dua Institusi.

Kolokium ini lebih bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan antarabangsa yang telah dimeterai menerusi MEMORANDUM OF UNDESTANDING diantara kedua-dua Institusi.

Pengisian kolokium kali ini melibatkan pembentangan kertas kerja, sesi soal jawab dan lawatan di beberapa buah sekolah di sini. Saya dan 2 pelajar Phd dibawah penyeliaan saya membentangkan 2 kertas kerja disini.

Selain perkongsian pengetahuan, kami juga berpeluang melawat ke beberapa destinasi yabg menarik di Jakarta seperti Tanah Abang dan Kota Tua.

Terima kasih atas hospitaliti pihak UMJ sepanjang rombongan kami di Jakarta termasuk menguruskan kenderaan dan makan terutamanya buat Ibu Cici. Semoga ada rezeki untuk datang lagi ke sini.

Minggu-minggu terakhir kuliah

Minggu depan dah minggu ke 14 kalendar akademik. Selain kena habiskan kuliah, kena semak tugasan pelajar.

Untuk subjek komputer terutamanya pengaturcaraan, minggu-minggu terakhir ini kritikal kerana pelajar menyiapkan projek masing-masing. Maknanya masa2 ni wassap dan elearning akan ada banyak aktiviti pelajar bertanya macamana nak selesaikan masalah projek masing2.

Bagi sesetengah pensyarah lain, bukanlah sesuatu yang digemari bila pelajar personal mesej mereka. Tapi sebaliknya bagi saya. Saya sangat suka jika pelajar bertanya tentang tugasan. Ini bermakna pelajar saya dalam proses pembelajaran. Dan… jika mereka berjaya menyiapkan projek dengan baik… Alhamdulillah.

#Saya bukan pengajar. Saya adalah pendidik.