Pagi tadi, No 2 tolong basuh pinggan.
Bermakna, bajunya akan basah, lantai akan basah, susunan pinggan di rak akan berterabur dan aku kena basuh semula pinggan tersebut.
Kalau aku basuh, tak basah, tak bersepah dan cepat siap.
Jadi, kenapa susah payah suruh dia basuh pinggan?
No 1 aku suruh rendam kasut.
Dia ambil baldi, letak kat paip air.
Kasut tak masuk, sabun tak letak. Kasut, ada dekat rak tak bergerak pun.
Aku suruh juga dia buat bila aku perasan baldi tu kosong.
Sambil dengar aku membebel, dia ambil kasut dan letak dalam baldi berisi air.
Kalau aku buat, lebih cepat dan tak perlu membebel?
Kalau dia basuh pun, aku tetap kena basuh semula…
Jadi, kenapa susah payah suruh dia buat?
Sebab… nak mendidik dia supaya tahu bantu buat kerja rumah.
Kena juga beri galakan, dan bersabar.
Esok-esok… baju dah tak basah.
Pinggan dah elok tersusun di rak.
Kasut dah siap berjemur dan dikapur…
Walaupunnnn…
Mengambil masa 2, 3, atau 4 tahun….. >__<