Penghujung Aidlfitri

Syukur kita diberikan kesempatan tahun ini meraikan Aidilfitri bersama yang tersayang. Raya kali ini diraikan oleh saya dah keluarga dengan orang baru… anak kepada adik saya yang nombor 3. Comel…. Anas Mikail namanya. Hari ni dah lebih sebulan dia… meriah bila orang datang beraya sambil melawat baby baru… tapi terkekang sikit nak berjalan ke mana-mana … kesian pulak pada adik yg masih dalam pantang.

Banyak sungguh kisah yang berlaku bila lama tak menulis. Sebelum puasa, angan saya banyak. Nak siapkan penulisan artikel jurnal yang lama tergendala. Kononnya masa tu dah habis periksa… tapi… sampai ke hari ini sekali pun tak saya usik. Bukan tak sempat… cuma tak larat.

Bila siang kerja saya penuh dengan menghadiri kursus atau bengkel, menjadi fasilitator, menulis kertas kerja, analisis data untuk laporan universiti, menanda kertas exam, menyelaras kerja2 teknikal… malam saya dah takda daya. Apatah lagi saya ada anak kecil yang baru berusia setahun… ligatnya dia tak kenal masa…

Bila dah masuk bulan raya, takkanlah tak berziarah sesama teman dan saudara… sombongnyer kita… bukan saya seorang hidup di dunia ini. Maka, mahu atau tidak saya kuatkan jua. Menjengah mana2 yang terdaya. Seronok sebenarnya… bila berjumpa yang lama tak bersua… bila menjengah rumah rakan2 karib, berkongsi cerita dan bergelak ketawa… seronok… sangat seronok.

Lebih2 lagi orang Johor ni ada amalan Marhaban… meriahnyaaa…

Tapi, saya mula merasai nikmat yang ditarik… tenaga, usia, kesihatan. Dah tak selincah dulu, dah tak sekuat dulu..sedang saya yang baru menjejak 40 tahun… rasa begini… fahamlah saya apa yang dirasa oleh ketua2 saya yang melaksanakan tugas pentadbir bertahun2 lamanya. Hanya tanggungjawab yang menongkat kami untuk berdiri… 

Esok dah masuk Zulkaedah…. maaf diatas segala kekhilafan saya jika ada… mudah-mudahan kita semua diberikan keupayaan untuk mencapai apa yang diamanahkan … amiiiinnnn.

P/s … jemput datang ke International University Carnival on eLearning (IUCEL 2016) pada 20-21 September 2016.