Program ‘Fire Drill’ dan Pencegahan Kebakaran peringkat Fakulti

Pada 20 Ogos 2014 (Rabu), Fakulti Pendidikan UTM dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat (Cawangan Taman Universiti) telah melaksanakan program “Fire Drill” bagi memberikan maklumat dan latihan kepada staf mengenai perkara-perkara yang perlu dilaksanakan sekiranya berlaku kebakaran.

Langkah-langkah awal yang perlu dibuat jika berlaku kebakaran
1. Bunyikan loceng kecemasan / pengumuman
2. Keluar daripada rumah/bangunan ( pastikan ada floor plan)
3. Cuba padamkan kebakaran/kawal dengan peralatan sedia ada ( jika kecil) – kalau pada organisasi, urusan ini adalah wakil ERT yang telah diberi latihan
4. Telefon bomba (Call 999 atau no balai bomba paling dekat)
5. Kosongkan kawasan di hadapan rumah atau bangunan yang terbakar. Berkumpul di tempat selamat ( lebih kurang 100 meter dari kawasan kebakaran).
6. Jangan berpatah balik selagi belum disahkan selamat.
7. Jangan ambil risiko.

Program satu hari ini dipenuhi dengan pelbagai maklumat yang perlu buat semua staf fakulti sekiranya berlaku kebakaran oleh Pegawai Bomba En Fadhil Hj Mohammad.

Latihan pengungsian bangunan turut dibuat untuk memberi pengalaman sebenar temasuk dengan kehadiran kereta bomba sebenar.

Terima kasih Jabatan Bomba atas maklumat dan penerangan untuk kebaikan kami semua di Fakulti Pendidikan. Semoga khidmat anda semua sentiasa dilindungi oleh Allah.