Membentangkan kajian dalam bentuk kertas kerja di seminar dalam negara mahupun diperingkat antarabangsa merupakan salah satu aktiviti yang penting bagi setiap penyelidik. Ia bertujuan untuk berkongsi dengan penyelidik lain yang menjalankan kajian dalam bidang yang sama dengan kita. Selain itu, ia dapat membantu memberikan input baru kepada kajian kita samada untuk melanjutkan kajian mahupun untuk memperbaiki perancangan kajian sedia ada.
Apabila melihat peserta lain membentangkan kajian mereka dalam seminar, walaupun kajian yang berbeza.. ia masih juga dapat membantu penyelidik untuk membuat penanda aras samada kajian kita adalah terkini dan relevan dengan masalah yang berlaku dalam dunia sekarang. Ia juga boleh membantu mengelakkan kita melaksanakan kajian yang “syok sendiri”
Namun, memilih seminar yang berprestij adalah agak sukar. Terutamanya dengan kemudahan teknologi pada zaman sekarang, ada terdapat seminar palsu yang ditawarkan dalam laman web. Kadang-kadang ia mempunyai nama yang sama dengan seminar sebenar.
Laman berikut adalah contoh laman seminar palsu atau bogus conference.
Adalah jelas dilihat bahawa laman utama tersebut menawarkan berpuluh-puluh persidangan atau seminar untuk penyelidik setiap tahun. Ia turut menawarkan pelbagai seminar dalam bidang yang berbeza pada masa yang sama di bandar yang sama. Proses penerimaanย kertas kerja juga sangat mudah … tidak kira sama ada ia sesuai atau tidak dengan tema seminar tersebut. Hati-hati … ini seminar palsu.
Apabila memilih seminar untuk membentangkan kajian anda, pilihlah daripada senarai journal dan seminar yang berindeks dalam SCOPUS atau Web Of Science untuk lebih selamat. Bertanyalah dengan SV anda sebelum menghantar kertas kerja anda.