Risau

Hari ni dah masuk 9 hari no 4 demam. Cek darah dah 2 kali… white blood count dah turun. Air kencing normal… takda infection. Tapi masih juga demam tak kebah2.

Gambar ni masa dia masih warded di kpj. Hari ke 5 dlm wad… request untuk keluar. Dia dah bosan sangat berkurung dlm hospital. Mak dia pun sama…

Hari ni nak cuba jumpa doktor lain… mungkin tukar antibiotic. Stress sebab memikirkan kerja yang menimbun. Time2 macam ni.. rasa nak berhenti kerja je …

Dilemma ibu bekerja … (feeling risau)

Mendidik anak-anak

Pagi tadi, No 2 tolong basuh pinggan.
Bermakna, bajunya akan basah, lantai akan basah, susunan pinggan di rak akan berterabur dan aku kena basuh semula pinggan tersebut.

Kalau aku basuh, tak basah, tak bersepah dan cepat siap.
Jadi, kenapa susah payah suruh dia basuh pinggan?

No 1 aku suruh rendam kasut.
Dia ambil baldi, letak kat paip air.
Kasut tak masuk, sabun tak letak. Kasut, ada dekat rak tak bergerak pun.
Aku suruh juga dia buat bila aku perasan baldi tu kosong.
Sambil dengar aku membebel, dia ambil kasut dan letak dalam baldi berisi air.

Kalau aku buat, lebih cepat dan tak perlu membebel?
Kalau dia basuh pun, aku tetap kena basuh semula…
Jadi, kenapa susah payah suruh dia buat?

Sebab… nak mendidik dia supaya tahu bantu buat kerja rumah.
Kena juga beri galakan, dan bersabar.
Esok-esok… baju dah tak basah.
Pinggan dah elok tersusun di rak.
Kasut dah siap berjemur dan dikapur…

Walaupunnnn…

Mengambil masa 2, 3, atau 4 tahun….. >__<