majlis meraikan persaraan Tn Hj Meor Kamaruddin

26/4/2014 adalah hari terakhir buat Tn hj Meor sebagai pensyarah di Fakulti pendidikan UTM. Seorang pensyarah senior yang sangat komited dengan pengajaran dan tugas pengurusan Latihan Mengajar. Beliau sangat peramah dan mudah mesra dengan semua dtaf tak kira kecil mananya kita ini.

Selepas 34 tahun berkhidmat di UTM, semoga beliau terus akan memberikan sumbangan, walau tak pada UTM lagi, pada masyarakat umum pula. Fakulti pendidikan tak akan sama tanpa beliau.

Majlis meraikan persaraan beliau dihadiri oleh semua ahli jabatan dan dekan fakulti pendidikan. Serba sedikit pengalaman bersama beliau dikongsikan dengan semua ahli. Jelas kelihatan keakraban beliau dengan semua staf terutamanya staf senior di fakulti.

We wish you all the best for your future… Janganlah lupakan kami 🙁