Hari ni last day di conference ni. Tentatif bermula dengan pembentangan 4 orang termasuk diri sendiri. Alhamdulillah, banyak input yang diterima walaupun sedar yang kajian tersebut lebih bersifat preliminary study sahaja.
Kemudian, peserta mengikuti tutorial mengenai penggunaan teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran. Walaupun OER, OCW, Web 2.0 adalah mainan kami di bidang teknologi pendidikan, namun peluang belajar seperti ini tak akan ditolak. Pasti ada sahaja benda baru yang kita akan temui… itulah konsep perkongsian pengetahuan.
Sesi terakhir bermula pukul 2, diminta oleh committee untuk menjadi pengerusi sesi ini tak dapat saya tolak. Alhamdulillah, tepat jam 4 petang, semua 7 pembentang selesai memberikan perkongsian masing2.
Pandangan dari meja pengerusi.
Pertemuan dengan kumpulan penyelidik yang mempunyai minat seiring adalah sangat dihargai. Moga kami berada pada tempat yang betul untuk membantu meningkatkan pendidikan Negara. InsyaAllah…
Last view dari bilik hotel.
Rindu anak-anak … Jumpa lagi tahun depan Insyaallah.