Hari ini bermulalah conference ocw di Bali, Indonesia. Pelbagai pembentangan kertas kerja yang sangat menarik dikongsi oleh pelbagai negara. Hebat rupanya komuniti yang menyokong pendidikan terbuka atau OER ini. Antara topik yang sangat menarik perhatian adalah mengenai Mechanical MOOCs oleh professor dari MIT an Projek OOPs oleh Fay Chen dari Taiwan.
Aku dan Prof Md Noor ke sini untuk bentangkan kertas kerja kami berdasarkan pengalaman UTM menyertai OCW consortium semenjak 2011 yang lalu. Tapi kertas kerja kami akan dibentangkan pada hari terakhir conference.
Conference ni dibuat di Ayodya Resort, Nusa Dua, Bali. Cantik sangat hotel ni. Rasa selamat sebab nak masuk kawasan ni ada sekuriti yang ketat. Rupa2nya hotel 5 bintang. Tapi kami dapat harga rendah sebab booking dengan agoda.com
Jika nak tengok paper yang dibentangkan kat sini, singgahlah website ocwconference 2013.