Pembentangan kertas kerja di OCW Conference 2013

Kehadiran aku dan Prof Md Noor Hassan ke sini adalah untuk mendapatkan serba sedikit pengalaman dalam perkembangan dunia OER di dunia serta membentangkan kertas kerja kami ” Expanding the OER Community by Showcasing a Development Model that Works”.

Kertas kerja ni kami bina berdasarkan pengalaman UTM membangunkan OCW@UTM. Kami turut berkongsi bagaimana UTM mulai menyertai komuniti OER dengan membangunkan Open Repository kami di eprints.utm.my, menggalakkan perkongsian bahan multimedia menerusi utmotion.utm.my dan mempromosikan OCW@UTM yang boleh diakses menerusi ocw.utm.my.

Kami juga memaklumkan dalam kertas kerja tersebut mengenai initiatif Malaysia bagi membangunkan OER Malaysia dengan kerjasama semua IPTA pada masa akan datang.

Jika dilihat pada semangat yang dikongsi oleh semua pembentang di Conference OCW di Bali ini, kami percaya OER akan semakin diterima dan disokong oleh pelbagai kumpulan pengguna termasuk ahli akademik yang pada awalnya menolak pendekatan ini, InsyaAllah.