Archives for February 2, 2022

Kubang Pasu, Dahulunya Adalah Sebuah Negeri Dan Memiliki Sultan

May be an image of text

Tidak ramai yang tahu terutama generasi muda masa kini bahawa Kubang Pasu dahulunya adalah sebuah negeri yang dinamakan “Kubang Pasu Darul Qiyam.”

Malah, Kubang Pasu yang kini merupakan salah satu daerah dalam negeri Kedah menyimpan banyak sejarah yang menarik dan wajar kita ketengahkan supaya tidak luput ditelan masa.

Kali ini, saya nak ceritakan secara ringkas tentang negeri Kubang Pasu Darul Qiyam dan ‘sultannya’ Tunku Anum Tunku Abdul Rahman.

Kalau kawan-kawan perasan, bila kita lalu jalan utama dari Kubang Pasu ke Jitra di Tok Jalai, kita akan nampak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Anum Tunku Abdul Rahman.

Siapa Tunku Anum ini?

Tunku Anum Tunku Abdul Rahman diputerakan pada 1790 Masihi. Beliau pada mulanya ditugaskan sebagai raja penghantar bunga emas dan perak semasa penaklukan Siam di Kedah (1821 – 1841).

Disebabkan itu juga Tunku Anum juga digelar Paduka Raja Jambangan. Kebijaksanaan Tunku Anum berjaya memujuk Raja Siam untuk mengembalikan takhta kerajaan raja Negeri Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II.

Semasa pemerintahan Siam, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II diusir oleh Siam ke Melaka. Disebabkan jasa bakti Tunku Anum itu, Sultan Kedah telah mengurniakan kawasan Kubang Pasu bersama 24 mukim kepada Tunku Anum.

Maka, semenjak dari tahun 1841, Tunku Anum menjadi raja Negeri Kubang Pasu Darul Qiyam yang pentadbirannya berpusat di bandar Pulau Pisang sehinggalah beliau mangkat pada hari Selasa 22 Syaaban 1269 bersamaan 31 Mei 1853 dan dimakamkan di Langgar, Pulau Pisang.

Dikatakan, antara punca kemangkatan beliau adalah kerana terlalu sedih diatas kematian puteranya yang juga bakal pengganti beliau.

Kubang Pasu sepanjang pemerintahan Tunku Anom pesat membangun dan berjaya menaikkan taraf ekonomi rakyatnya dengan wujudnya kilang kain, mahkamah, penjara, pejabat tanah malah masih tersimpan bukti geran tanah yang mempunyai cop negeri Kubang Pasu.

Malangnya selepas kemangkatan Tunku Anum pada 1853, Kubang Pasu yang diserahkan kepada cucunya, Tunku Ishak yang menjadi Raja dan memerintah selama 10 tahun, gagal mempertahankan negeri itu lalu diserahkan kembali kepada Sultan Kedah ke-24 ketika iaitu Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah.

Makam Tunku Anom terletak di kampung Pulau Pisang, Tunjang. Jaraknya dari Pekan Jitra sejauh 7 km dan 28 km dari bandar raya Alor Setar.

Kredit: Hasmuni Hassan.

Tahukah Anda?

Tahukah anda, ketulan biru ini memang dari angkasa. Tetapi ini bukan meteor dan jauh sekali asteroid. Jika terjumpa ketulan warna biru ini di mana-mana, sila jauhi dan buat laporan.

Ketulan warna biru ini lama-kelamaan akan mencair dan mengeluarkan bau busuk. Saiznya berbagai dari kecil sehingga besar.

Sebenarnya Ini lah Blue Ice, sisa kumbahan dalam tandas kapal terbang yang bocor lalu jatuh ke bumi. Di Malaysia mungkin belum ada kes seperti di luar negara yang buat selfie, ada yang kutip serpihan masuk mulut, dan ada yang letak dalam peti ais.

Kenapa warna biru?

Blue ice adalah sisa kumbahan yang membeku bersama cecair ‘disinfectant’ yang berwarna biru.

Kredit: Galeri Ina

Arnab Akan Mati Kelaparan Walaupun Diberi Makan Sekiranya….

Arnab mempunyai 6 gigi kacip di mana 4 terletak di rahang atas, manakala 2 lagi terletak di rahang bawah. Selain 6 gigi kacip ini, arnab mempunyai 22 gigi lain yang terletak di belakang gigi kacip.

Gigi arnab memiliki keunikkan yang tidak ramai orang tahu selain dari ketajamannya dalam ‘memotong’ sayuran dan buah-buahan.

Tahukah anda, gigi kacip haiwan ini tidak pernah berhenti tumbuh sepanjang hayatnya. Setiap tahun, panjang gigi arnab akan bertambah 7 hingga 12 cm.

Makanan arnab biasanya berupa tumbuhan yang bahagian luarnya keras. Kerana itulah giginya bakal terhakis setiap kali mengunyah makanan. Disebabkan itu gigi arnab tidak pernah tumbuh hingga terlalu panjang.

Namun lain ceritanya jika arnab perliharaan diberi makan pelet khusus arnab. Kerana makanan seperti itu memiliki tekstur yang lembut, gigi arnab tidak akan terhakis sehingga giginya akan tumbuh hingga terlampau panjang.

Jika arnab memiliki gigi yang terlalu panjang, arnab tidak akan lagi makan dan akhirnya mati akibat kelaparan. Supaya perkara itu tidak terjadi, arnab peliharaan wajib diberi juga makanan berupa tumbuhan keras.

TEMPAT DUDUK DI SEKITAR ISTANBUL YANG MEMPUNYAI KAITAN DENGAN MARUAH UMAT ISLAM.

Jika anda ke Istanbul, pasti anda akan perasan bahawa ada sebahagian taman-taman di Istanbul yang tempat duduknya diperbuat dari pangkal tiang batu.

Sebenarnya bukan suka-suka atau tanpa alasan tiang itu dijadikan tempat duduk. Ia bermula dari sebuah janji yang dikotakan oleh Al Marhum Sultan Muhammad Al Fateh terhadap maruah umat Islam.

Ceritanya begini.

Sewaktu al Marhum Sultan Muhammad Al-Fateh Rahimahullah mengepung Kota Constantinople pada tahun 1453 Masihi,

saat itu Maharaja Constantine XI Palaeologus dengan angkuhnya berkata:

“AKU AKAN BUATKAN KAUM MUSLIMIN DUDUK DIATAS BARA API! “

Kemudian al Marhum Sultan Muhammad Al Fateh membalas

*bahkan!!

“AKU JUGA AKAN JADIKAN KAUM MUSLIMIN BAKAL DUDUK DIATAS PANGKAL-PANGKAL TIANG PEMELUK ISTANA KAMU!!!”

Terbukti selepas sahaja Allah kurniakan kemenangan terhadap Ummat islam, Al Marhum sultan Muhammad al Fateh mengotakan janjinya.

Baginda mengambil sebahagian tiang-tiang Istana Contantine yang dibanggakan lalu menjadikannya sebagai tempat duduk bagi kaum muslimin.

Sehingga kini ianya masih terdapat di Istanbul dan miskin kaya semuanya boleh duduk diatas batu tersebut.

– Tijan el Asaateen*تيجان الأساطين bermaksud pangkal tiang sebesar pemeluk dan ia diukir dengan ukiran kerawang atau bunga yang indah-indah dan tiang juga merupakan salah satu simbol keangkuhan kuasa kuasa besar satu ketika dahulu

Kredit: Che Pai

Bagaimana Kepala Patung Buddha Boleh Terlekat Di Dalam Pokok Ini?

Di Ayutthuya, Thailand, terdapat satu fenomena alam semulajadi yang unik dimana terdapat kepala patung Buddha yang telah ‘melekat’ di dalam pokok Bodhi.

Kepala Buddha ini dianggap suci dan sering menjadi tarikan pelancong di Ayutthaya. Jadi tidak hairanlah mengapa Ayutthaya telah dianugerahkan Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 1981.

Tidak dapat dipastikan secara tepat bagaimana kepala patung ini boleh berada di dalam pokok Bodhi. Namun ia dipercayai ada kaitan dengan serangan kerajaan Burma keatas ayutthuya pada tahun 1767.

Patung ini pada asalnya lengkap dengan tubuhnya. Namun tubuhnya tidak pernah dijumpai. Semasa Ayutthaya dijarah, patung ini dipercayai mengalami kerosakan dan kepalanya telah terjatuh ke dalam pokok Bodhi muda.

Ratusan tahun berlalu, pokok Boddhi yang pada mulanya kecil telah mengalami tumbesaran lalu ‘membungkus’ kepala Buddha secara semulajadi.

Di hadapan patung kepala Buddha ini terdapat tempat untuk berlutut berdoa bagi penganut Buddha. Jika ingin mengambil gambar, pelancong wajib duduk dan tidak boleh berdiri melebihi patung kepala Buddha sebagai tanda penghormatan.

Ramai Tak Tahu ! Selepas Paris, Menara Eifel Pernah Didirikan Di Indonesia.

Sekitar tahun 1898, sebuah replika menara Eifel pernah didirikan di bandar TasikMalaya, Indonesia. Menara ini dirancang oleh seorang Jendral Belanda bernama Air AH Van Bebber.

Ia didirikan sebagai menghormati penobatan penguasa kerajaan Belanda iaitu Ratu Wilhelmina pada tahun tersebut. Menara ini memiliki tinggi sekitar 40-50 meter dan ianya diperbuat daripada buluh.

Tasikmalaya merupakan bandar pertama di dunia yang membuat replika menara Eifel dari bahan bukan besi selepas 2 tahun berdirinya menara Eiffel yang sebenar di Perancis.

Pada masa itu menara Eiffel memang menjadi trendingtopic hingga menjadi sebuah inspirasi dan cukup terkenal di seluruh dunia.

Tasikmalaya dikenali sebagai pengeluar barang-barang sutera yang utama seperti kain batik, payung kertas dan beg tangan yang dianyam dengan tangan daripada buluh dan daun pandan.

Seperti banyak tempat di Jawa Barat, ramai penduduknya adalah orang Islam keturunan Sunda, dengan sebuah kumpulan minoriti Cina.

SAUH TITANIC. Sauh Terbesar Di Dunia.

Dianggap sebagai kapal terbesar dalam perkhidmatan pada masa itu, RMS Titanic mempunyai berat lebih 46,000 tan. Menyumbang kepada berat ini ialah 5 sauh yang terbesar dengan berat 16 tan. Ia memerlukan 20 ekor kuda shire untuk mengangkutnya ke Stesen keretapi Dudley dari Netherton di mana sauh itu telah dibina oleh Noah Hingley & Sons.

Semak Berduri Ini Dipercayai Dari Semak Yang Asal Yang Telah Terbakar Semasa Nabi Musa Berdialog Dengan Tuhan Disini.

• The Burning Bush atau Semak Berduri ini terletak di Biara Saint Catherine di Semenanjung Sinai. Menurut kepercayaan Kristian, The Burning Bush ini adalah dari semak asal yang pernah terbakar semasa Nabi Musa mendengar Tuhan bercakap disini. Mengikut kepercayaan Kristian, sewaktu Nabi Musa dipanggil Tuhan untuk mendapat wahyu, baginda telah melihat semak berduri yang berapi. Walaupun api menyala dari semak berduri ini, pokok tersebut tetap tidak terbakar. Semak berduri ini lah yang kini dinamakan sebagai ‘The Burning Bush’.

• Lokasi sebenar The Burning Bush dipertikaikan tetapi sebahagian besarnya bersetuju ia berada dalam kawasan Gunung Sinai ini. The Burning Bush adalah spesies bramble yang tidak dapat dijumpai di mana-mana Semenanjung Sinai. Ia tidak berbunga dan tidak berbuah. Setiap percubaan untuk menanamnya di tempat lain tidak pernah berhasil.

• Kawasan ini sudah dipagar untuk mengelakkan para pelawat dari mendekati The Burning Bush. Dahulu pelawat dibenarkan mendekati The Burning Bush. Namun, ramai yang sering memetik daun-daunnya untuk dibuat cenderahati hingga mengakibatkan sebahagiannya menjadi botak. Oleh kerana itu kawasan ini kemudian dipagar.

Lokasi 14 Sahabat Yang Mati Syahid Semasa Perang Badar Dikuburkan

• Ini adalah sebidang tanah di mana empat belas Sahabat yang syahid dalam Perang Badar dikebumikan. Di sekeliling luar kawasan ini banyak pokok kurma ditanam. Selain itu, terdapat kawasan perumahan di situ. Makam ini dikelilingi pagar setinggi 2-3 meter. Seperti makam Baqi di Madinah dan Mala di Mekah, di makam ini tidak ada batu nisan yang tertera nama. Hanya ada batu yang menunjukkan bahawa ia adalah kubur.

• Umat ​​Islam telah menang dengan pertolongan Allah (ﷻ). Nabi (ﷺ) dan para sahabat berperang dengan berani sehingga Quraisy mengalami kerugian besar dan melarikan diri dari medan perang. Mereka kehilangan 70 orang terbaik mereka dan 70 telah diambil sebagai tawanan oleh orang Islam.

• Hanya 14 orang Islam yang syahid dalam peperangan ini. Orang pertama yang mati syahid ialah Umayr bin al-Humam (رضي الله عنه).

• Salah seorang sahabat paling muda dalam Perang Badar ialah seorang budak lelaki bernama Umayr bin Abi Waqqas (رضي الله عنه). Dia telah keluar untuk berperang. Tetapi kerana dia baru berusia enam belas tahun, dia takut Nabi (ﷺ) tidak membenarkannya menyertai ekspedisi itu. Dia cuba mengelak dari dilihat. Tetapi abangnya, Sa’d bin Abi Waqqas (رضي الله عنه), bertanya kepadanya apa yang dia lakukan ? Dia menjawab “Aku takut Rasulullah akan menghantar aku kembali apabila aku ingin pergi. Mungkin Allah akan menganugerahkan aku syahid”, jawabnya. Itu memang berlaku. Nabi (ﷺ) memang ingin menghantarnya pulang kerana dia masih kecil. Tetapi Umayr mula menangis. Air matanya melemahkan hati Rasulullah lalu membenarkannya pergi. Umayr terbunuh dan menjadi syahid termuda dalam perang itu.

Selepas perang Badar, umat Islam muncul sebagai satu bangsa yang kuat. Perang Badar adalah contoh hebat dari sejarah yang mengajarkan kemenangan tidak bergantung pada angka atau mengumpulkan senjata dan perisai, Kemenangan datang dari Allah (ﷻ). Allah (ﷻ) menyebut dalam Surah al-Baqarah:

Berapa kerap segolongan kecil dapat mengatasi pasukan yang kuat dengan izin Allah. Dan Allah bersama orang-orang yang sabar. Quran (2:249)

Bagaimana Rumah Nabi Muhammad (ﷺ) Dilahirkan Kini Bertukar Menjadi Perpustakaan?

• Perpustakaan ini dibina di atas tempat kelahiran Nabi (ﷺ) dilahirkan pada Rabi’ al-Awwal, pada ‘Tahun Gajah’ (April, 571 CE).

Di Awal Kelahiran Nabi (ﷺ)

• Semasa ibunya Aminah sedang mengandung, Aminah bermimpi bahawa dipancarkan cahaya dari bahagian bawah tubuhnya yang menerangi istana-istana Syam. Apabila beliau bersalin, Shifa binti Amr, ibu kepada Abdul Rahman bin Auf (رضي الله عنها) berkhidmat sebagai bidan. Abdul Muthalib menerima berita kelahiran cucunya dengan gembira. Dia membawa bayi yang baru lahir itu ke Ka’bah dan memohon rahmat dan syukur kepada Allah. Percaya cucunya akan membesar dengan disanjung tinggi, Abdul Muttalib menamakannya Muhammad, yang bermaksud ‘dia yang terpuji’. Selaras dengan tradisi Arab, dia kemudian mencukur kepala bayi itu dan selepas itu menjemput rakan-rakan di Makkah untuk kenduri.

• Ketika Rasulullah ﷺ berhijrah ke Madinah, rumah tersebut telah dirampas oleh Aqil bin Abi Talib. Dia adalah sepupu Nabi (ﷺ) dan bukan seorang Muslim pada masa itu.

Selepas Kewafatan Nabi (ﷺ)

• Selepas kewafatan Nabi (ﷺ) pada 632 CE, rumah ini pada mulanya kekal di tangan keluarga Aqil bin Abi Talib. Ia kemudian dibeli oleh Muhammad bin Yusuf al-Thaqafi, saudara kepada Hajjaj bin Yusuf yang zalim. Inilah sebabnya harta (rumah) ini direkodkan oleh banyak buku diawal dahulu sebagai harta Muhammad bin Yusuf.

Rumah Nabi (ﷺ) Bertukar Menjadi Masjid.

• Apabila al-Khayzuran, ibu kepada khalifah Abbasiyah Harun al-Rasyid menunaikan haji setahun, dia membeli harta ini. Dia mengubah tempat kelahiran Nabi (ﷺ) menjadi masjid tempat orang ramai bersolat dan juga melawat untuk melihat di mana Nabi (ﷺ) dilahirkan.

• Rumah itu terus berfungsi sebagai Masjid kecil selama berabad-abad dan telah dipelihara, diselenggara, dan diubasuai oleh pelbagai khalifah sepanjang abad, termasuk khalifah Abbasiyah, Ahmad al-Naşir yang mengubahsuainya pada 576 Hijrah. Susun atur dalamannya juga dikekalkan.

• Masjid itu tidak wujud pada tahun 1950. Di bawah tekanan daripada tokoh agama utama pada masa itu, kerajaan Saudi yang baharu telah meratakan rumah itu (dan tapak bersejarah penting lain) kerana takut orang ramai akan menjadikannya sebagai pemujaan.

Bertukar Menjadi Perpustakaan

• Namun, Datuk Bandar Makkah ketika itu, Syaikh Abbas Yusuf Qattan, berasa cemas dengan perkembangan ini. Beliau berjaya mendapatkan dokumen undang-undang untuk mengawal tapak dan menubuhkan perpustakaan kecil di atas asas rumah pada tahun 1953.

• Perpustakaan ini terdiri daripada dua tingkat kecil dalam bentuk segi empat tepat dengan bangunan utamanya di sebelah barat menghadap Masjid al-Haram. Ia menempatkan koleksi manuskrip, banyak akhbar tempatan Arab dan Islam serta terbitan berkala tempatan yang jarang-jarang ditemui.